• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Akhiri 2024 Dengan Jualan Lebih Rendah, Menurun di AS, China, Australia, Multistrada Paling Laris

Ducati Akhiri 2024 Dengan Jualan Lebih Rendah, Menurun di AS, China, Australia, Multistrada Paling Laris

January 23, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

KETIDAKTENTUAN di dalam industri automotif nampaknya turut menjejaskan Ducati sebagai pengeluar motosikal berkuasa.

Penghantaran motosikal kepada pelanggan di serata dunia pada 2024 berjumlah 54,495 unit berbanding 58,224 unit pada 2023 atau menyusut enam peratus.

Walaupun tidak mempunyai tentang dari kenderaan elektrik, Ducati memaklumkan prestasinya terjejas akibat dari situasi yang kompetitif dan situasi global disebabkan ketidaktentuan.

Prestasi tahun 2024 juga terganggu akibat beberapa isu pengeluaran dan logistik dan dalam tempoh enam bulan pertama menjejaskan penghantaran di beberapa pasaran luar negara.

Dari segi sambutan, Itali berada di tempat pertama dengan penghantaran sebanyak 9,589 unit atau pertambahan satu peratus.

Amerika Syarikat (AS) di tempat kedua dengan 6,993 unit namun menyusut sebanyak 14 peratus. Jerman menyusul di tempat ketiga dengan 6,575 unit dan menurun empat peratus.

Di Eropah, Sepanyol mencatatkan pertumbuhan paling tinggi sebanyak 10 peratus. Di pasaran negara memuncul, Amerika Selatan meningkat 8.4 peratus dan India enam peratus.

Selain AS, dua lagi negara menyusut ketara iaitu China sebanyak 26 peratus dan 25 peratus di Australia.

Dari segi model, siri Multistrada paling laris dengan penghantaran sebanyak 13,069 unit dan majoriti daripadanya diwakili V4 berjumlah 10,114 unit.

Model edisi istimewa dan koleksi (collector's) turut menyumbang kepada keputusan 2024 di antaranya Panigale Racing Replica, Diavel for Bentley, Panigale V4 SP2 30° Anniversario 916, the Panigale V2 Superquadro Final Edition, Monster Senna dan Streetfighter V4 Supreme®.

Dari segi pengiktiran industri, Diavel V4 memenangi Red Dot Award 2024: Best of the Best, Good Design® Award dan Special Mention di German Design Awards 2024.

Prestasi di litar lumba kekal cemerlang, Ducati menang kejuaraan MotoGP buat kali ketiga berturut-turut dan kali empat di dalam sejarah.

Musim 2024 menyaksikan penguasaan yang hampir penuh apabila menang 19 daripada 20 perlumbaan, 14 kali memonopoli podium dan enam Grand Prix dengan keseluruhan lima teratas dikuasai motosikal Borgo Panigale.

Ducati juga menjuarai kategori Pengeluar di Kejohanan Superbike Dunia dan kategori Penunggang di dalam Supersport.

Untuk 2025, Ducati sudah bersedia dengan sejumlah model seperti Panigale V4, Panigale V4 Tricolore, enjin V2 baharu yang dilengkapi pada Panigale V2, Multistrada V2 dan Streetfighter V2.

Bagi meraikan 10 tahun Scrambler, Ducati menawarkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition dalam jumlah terhad 500 unit. Motocross pertama Ducati iaitu Desmo450 MX pula bakal berada di pasaran bermula Jun.

Ducati Multistrada V2 S 2025 1
Ducati Multistrada V2 S 2025 02
Ducati Multistrada V2 S 2025
Ducati Panigale V2 S 2025
Ducati Streetfighter V4 S 2025
Ducati Panigale V4 Tricolore 2025
Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition
Francesco Milicia Ducati

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ducati

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev