CHERY Malaysia mengadakan majlis khas bagi menghargai pencapaian atlet Paralimpik negara dalam sukan, serta memupuk semangat inklusiviti.
Majlis yang berlangsung di bilik pameran Chery di Glenmarie, Selangor turut menyaksikan penyerahan kenderaan Chery kepada atlet Paralimpik yang membeli dengan diskaun eksklusif.
Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew berkata;
Para atlet Paralimpik kita mencerminkan kekuatan dan ketabahan yang menjadi inspirasi kepada semua. Di Chery, kami berbesar hati berdiri bersama mereka."
Chery Malaysia tahun lalu melancarkan inisiatif dengan menawarkan diskaun eksklusif kepada atlet Olimpik dan Paralimpik Paris 2024, membolehkan mereka menikmati teknologi terkini Chery.
Berikut antara pakej diskaun yang ditawarkan bagi SUV Chery seperti Tiggo 8 Pro, Omoda 5, dan Omoda E5:
- 50 peratus diskaun untuk pemenang pingat emas
- 30 peratus diskaun untuk pemenang pingat perak serta atlet yang mara ke separuh akhir dan akhir
- 15 peratus diskaun untuk semua atlet yang layak bertanding
Dalam majlis tersebut, Chery menyerahkan OMODA 5 kepada Muhammad Ziyad Zolkefli (pemenang pingat perak lontar peluru) dan OMODA E5 kepada Cheah Liek Hou (pemenang pingat emas badminton).
Juara angkat berat, Bonnie Bunyau Gustin, yang memecahkan rekod dunia dan memenangi pingat emas, turut menempah TIGGO 8 PRO tetapi tidak dapat hadir.
SUMBER: SinarHarian | Chery Malaysia
Leave a Reply