JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan pihaknya sedang menjalankan operasi sebagai usaha berterusan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya khususnya ketika musim perayaan.
Terbaharu, agensi penguatkuasaan itu mengumumkan Operasi Khas Tahun Baru Cina dan Kempen Keselamatan Jalan Raya bertemakan Pandu Cermat, Sampai Selamat yang bermula sejak 20 Januari lalu sehingga 9 Februari 2025.
Operasi itu akan tertumpu kepada pemantauan, pengesanan dan tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan serta undang-undang jalan raya.
Ada sembilan kesalahan utama Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya akan jadi fokus utama iaitu:
- Memandu melebihi had laju
- Tidak mematuhi lampu isyarat merah
- Memotong garisan berkembar
- Memandu di lorong kecemasan
- Memotong barisan
- Guna telefon bimbit
- Tak pakai tali pinggang atau topi keledar
- Memandu kenderaan berat di lorong laju
- Lebih muatan
Untuk kempen pula, JPJ akan melaksanakan pelbagai kaedah dan pendekatan advokasi keselamatan jalan raya dengan lebih 30 program.
Leave a Reply