• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Porsche 911 Carrera S, Coupé dan Cabriolet 2025 dengan Enjin 3.0L Turbo dan Transmisi PDK

Porsche 911 Carrera S, Coupé dan Cabriolet 2025 dengan Enjin 3.0L Turbo dan Transmisi PDK

January 18, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SIRI Porsche 911 kini bertambah dengan kehadiran Carrera S 2025 baharu. Dibekalkan enjin boxer 3.0L turbo dengan tambahan kuasa dan ciri standard baharu, model ini diletakkan antara 911 Carrera dan 911 Carrera GTS.

Dengan prestasi dan dinamika pemanduan dipertingkat, Porsche Carrera S nyata berbeza berbanding model terdahulu.

Apa yang baharu mengenai Porsche Carrera S 2025?

  • Enjin 6-silinder 3.0L turbo kembar dengan output kuasa 480ps (477hp) dan tork 530Nm, atau tambahan 30ps daripada model terdahulu yang disumbang pengecas turbo baharu.
  • Pecutan 0-100kmj Carrera S Coupé sepantas 3.3 saat, manakala kelajuan maksimum 308kmj. Porsche nampaknya  serius mahu mengangkat 911 Carrera S.
  • Transmisi dual-klac (DCT) PDK 8-kelajuan menghantar kuasa kepada roda. Ini bermakna tiada kotak gear manual 7-kelajuan seperti Carrera S sebelum ini.

  • Dari segi penampilan, rekabentuk dibina berasaskan 911 Turbo generasi terdahulu dengan ciri standard seperti rim 20 dan 21 inci, ekzos sport dengan muncung perak dan pemvektoran tork Porsche Torque Vectoring Plus (PTV+) yang tiada pada Carrera.
  • Sistem brek baharu menawarkan prestasi lebih baik, diambil atau sama seperti 911 Carrera GTS dengan kaliper brek merah dipadan bersama cakera brek 408mm di depan dan 380mm (belakang).
  • Set standard boleh diganti jika pelanggan memesan brek seramik Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB).
  • Pelanggan juga boleh memesan suspensi sport PASM yang merendahkan badan kereta 10mm dan sistem pembelokan roda belakang.
  • Perubahan dibuat pada komponen absorber berbanding model dahulu yang memberikan daya pemanduan dan respons lebih tinggi.
  • Stereng dengan pembelokan belakang kini lebih berhubung (direct), manakala kinematik gandar depan dilaras untuk pemanduan lebih lincah dan langsung serta pada masa sama meningkatkan kestabilan pada halaju tinggi.

  • Bahagian kabin dibalut material kulit hitam dengan kerusi, penyandar kepada, panel pintu dan kerusi belakang (pilihan) dibalut kulit kemasan licin.
  • Sama seperti model Carrera lain, kerusi belakang boleh lipat tanpa kos tambahan dan ada pilihan dua kerusi sebagai ciri standard, manakala model Cabriolet dibekalkan kerusi belakang.

  • Banyak lagi pilihan boleh dipesan pelanggan seperti tambahan balutan kulit, sistem angkatan gandar depan, lampu utama besar HD-Matrix LED (lampu standard Matrix LED) dan pakej Sport Chrono termasuk aplikasi Porsche Track Precision untuk hari litar.
  • Kedua-dua Porsche Carrera S Coupé dan Cabriolet sudah tersedia untuk dipesan pelanggan Eropah. Pada 2019, pasaran tempatan pernah ditawarkan Porsche Carrera S pada harga lebih RM1.1 juta.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kereta Sport, Porsche, Porsche 911, Porsche 911 Carrera, Porsche 911 Carrera S, Porsche 911 Carrera S Cabriolet, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my