• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha TMAX 560 2025 Jepun dengan Rupa Depan Berbeza, Teknikal Dinaik Taraf

Yamaha TMAX 560 2025 Jepun dengan Rupa Depan Berbeza, Teknikal Dinaik Taraf

January 17, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGGUNA di Jepun dihidangkan skuter maksi baharu, Yamaha TMAX 560 Tech Max ABS dan TMAX 560 ABS 2025 yang tampil dengan perubahan rupa depan dan ciri teknikal.

Berbeza rupa depan model 2024 yang menekankan gaya tajam, model 2025 menampilkan fairing dan lampu melengkung ke bawah dan nampak membulat, manakala lampu posisi direka bagi menonjolkan bentuk T.

Yamaha TMAX 560 Tech Max ABS 2025 Jepun
Yamaha TMAX 560 ABS 2025 Jepun

Berikut spesifkasi dan pembaharaun Yamaha TMAX 560 2025 versi Jepun:

  • Dari segi teknikal, sensor O2 dipasang di belakang pemangkin dan tetapan unit kawalan elektronik (ECU) diubah bagi menambah baik prestasi alam sekitar dan pada masa sama mengekalkan prestasi cemerlang model sebelum ini.
  • Bunyi skuter ditala ke arah pecutan dan kesenyapan ketika tunggangan malar.
  • Saluran ambilan direka baharu yang mengambil kira jarak, ketegaran, diameter lubang kedudukan dan pelbagai lagi.
  • Penunggang dapat  menikmati bunyi dengan kurang bunyi teredam (muffled noise) yang mana aliran ekzos dilancarkan bagi menonjolkan karakteristik tunggangan linear.
  • Sambungan antara port ekzos dan paip ekzos menggunakan kimpalan TIG dan terbukti baik sebelum ini dalam proses pengeluaran YZF-R1/R6.
  • Permukaan dalam peredam ekzos dibuat licin yang menyumbang kepada karakter linear mengikut respons operasi terotel.
  • Tetapan klac baharu dibuat bagi memperkemas permulaan pecutan lancar, manakala berat dikurangkan dan spring klac dioptimum.
  • Perubahan diterjemah pada kelancaran dalam semua peringkat dan juga lancar ketika klac dalam situasi on/off secara berterusan pada halaju rendah sekitar 10kmj.
  • Sistem Kawalan Brek (BC) berfungsi bagi membantu tunggangan ketika nyah pecut yang menggunakan maklumat daripada roda depan dan belakang dan unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi.
  • Sistem D-MODE (sistem anjakan mod tunggangan) menyerlahkan lagi karakteristik mod Sport (S) dan Touring (T).
  • Turut dilengkapi Signal Henti Kecemasan (ESS).
  • Panel meter TFT menggunakan rekaan baharu.

  • Dari segi perbezaan, Yamaha TMAX Tech Max lebih lengkap dengan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) dan pemanas pada grip hendal, serta sepit udang emas dan rim kilat.
  • Kedua-dua TMAX dijana enjin 561cc berkuasa 48ps (45hp) @ 7,000rpm dan tork 55Nm @ 5,250 rpm.
  • Kapasiti tangki petrol 15 liter.
  • Berat TMAX Tech Max 221kg, manakala TMAX ABS, 219kg.

Yamaha TMAX 560 Tech Max ABS dijual pada harga 1,644,500 yen (RM47,470) dan TMAX 560 ABS berharga 1,452,000 yen (RM41,910).

Yamaha TMAX 560 Tech Max ABS 2025 Jepun
Yamaha TMAX560 TECH MAX ABS 2025 Jepun.01
Yamaha TMAX560 TECH MAX ABS 2025 Jepun.02
Yamaha TMAX560 TECH MAX ABS 2025 Jepun.03
Yamaha TMAX 560 Tech Max ABS 2025 Jepun
Yamaha TMAX 560 Tech Max ABS 2025 Jepun
Yamaha TMAX560 TECH MAX ABS 2025 Jepun.05
Yamaha TMAX560 TECH MAX ABS 2025 Jepun.06
Yamaha TMAX560 TECH MAX ABS 2025 Jepun.07
Yamaha TMAX560 TECH MAX ABS 2025 Jepun.08
Yamaha TMAX560 TECH MAX ABS dan TMAX560 ABS 2025 Jepun.04
Yamaha TMAX 560 ABS 2025 Jepun
Yamaha TMAX560 ABS 2025 Jepun.01
Yamaha TMAX560 ABS 2025 Jepun.03
Yamaha TMAX 560 ABS 2025 Jepun
Yamaha TMAX 560 ABS 2025 Jepun
Yamaha TMAX560 TECH MAX ABS dan TMAX560 ABS 2025 Jepun.04

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Yamaha, Yamaha TMAX, Yamaha TMAX 560 ABS, Yamaha TMAX 560 TECH MAX ABS, Yamaha TMAX560 ABS, Yamaha TMAX560 TECH MAX ABS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev