PROTON secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Proton X50 Sport Edition 2025, iaitu versi eksklusif daripada varian Premium 1.5T dengan 14 ciri kosmetik baharu untuk penampilan lebih sporty dan elegan.
Model ini dilancarkan pada harga RM98,300 selepas rebat RM7,000 (atas jalan tanpa insurans), tetapi terhad kepada 1,000 unit sahaja. Pakej ini termasuk waranti lima tahun dengan perbatuan tanpa had, lima tahun pakej data percuma, dan program insurans Proton.
Dengan rebat ditawarkan itu, Proton X50 Sport Edition 2025 ini memberikan nilai yang sangat menarik kepada mereka yang mahu memiliki kenderaan dengan penampilan dan prestasi sporty.
Berikut 14 ciri eksklusif (kosmetik baharu) Proton X50 Sport Edition 2025:
- Kit badan dan skirt merah: Pada bahagian depan, belakang, dan sisi.
- Kemasan hitam gril depan: Menambah elemen sporty pada muka depan.
- Kemasan hitam lampu belakang: Termasuk huruf “Proton” yang dipadankan dengan warna gelap.
- Lencana Sport Edition: Diletakkan di bahagian belakang kenderaan.
- Pelekat liveri merah: Di bahagian sisi badan untuk penampilan yang lebih dinamik.
- Rim hitam 18 inci: Menggunakan reka bentuk baru yang pertama kali diperkenalkan pada Geely Binyue.
- Warna badan Quartz Black: Warna luaran eksklusif untuk Sport Edition.
- Kit aero 'Sport Edition': Termasuk skirting hadapan, sisi, dan belakang.
- Paip ekzos kembar: Menambah elemen sporty pada penampilan.
- Pelekat badan 'SportEdition': Identiti unik untuk model ini.
- Lencana 'Sport Edition' sil pintu: Menambah personaliti pada pintu.
- Karpet kaki 'Sport Edition': Aksesori dalaman yang menggambarkan tema Sport Edition.
- Pengecas Qi wayarles: Memudahkan pengecasan telefon tanpa wayar di dalam kabin.
- Pelapik but belakang: Ruang kargo lebih teratur dan praktikal.
Spesifikasi Lain
- Model asas: Varian Premium 1.5T
- Enjin: Petrol 3-silinder 1.5L turbo berkuasa 150ps (148hp) @ 5,500rpm dan tork 226Nm @ 1,500rpm
- Transmisi: Dual-klac (DCT) 7-kelajuan
- Ciri keselamatan: 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), BA, Kawalan Traksi (TC), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), pautan klerusi kanak-kanak ISOFIX
- Waranti: Lima tahun tanpa had perbatuan
- Pakej data percuma: Lima tahun (1GB/bulan)
- Kos buruh percuma: Enam kali
- Program Insurans Proton: Disediakan untuk pemilik
Leave a Reply