• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda PCX 160, PCX 125 2025 Diperkenal di Jepun dengan Rekabentuk Baharu

Honda PCX 160, PCX 125 2025 Diperkenal di Jepun dengan Rekabentuk Baharu

January 17, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PENAWARAN skuter hari ini hebat belaka. Pelanggan kali ini ada banyak pilihan sama ada jenama Jepun, Taiwan, China, Itali dan tempatan. Di sebalik penawaran tersebut, Honda PCX tidak dibawa masuk seperti beberapa tahun lalu.

PCX mempunyai identiti tersendiri yang nampak futuristik. Di Jepun, Honda baru saja memperkenalkan dua model 2025 serentak, iaitu PCX 160 dan PCX 125.

Honda PCX 160 2025
Honda PCX 125 2025

Berikut fakta mengenai Honda PCX 2025 versi Jepun.

  • Lampu depan ditukar baharu yang disepadu bersama lampu siang (DRL) berbentuk V. Begitu juga rekabentuk fairing.
  • Unik mengenai Honda PCX adalah gaya rekabentuk lembut dan bergaris ibarat dikeluarkan dari terowong angin.
  • Muatan bawah pelana mempunyai kapasiti 30 liter dan penunggang juga boleh mengecas telefon pintar menggunakan soket USB Type-C.
  • Carian di laman web Honda Jepun tidak menunjukkan panel meter LCD TFT 5 inci baharu seperti di Indonesia dan juga konektiviti Honda RoadSync.
  • Di Eropah, Honda PCX 125 ditawarkan dalam dua versi panel meter, iaitu LCD biasa (PCX) atau TFT 5 inci (PCX DX).
  • Absorber belakang tiada subtangki seperti model versi Eropah dan Indonesia.
  • Kedua-dua Honda PCX 160 dan 125 ditawarkan dalam empat warna pilihan, iaitu Matte Starry Blue Metallic, Pearl Snowflake White, Pearl Magellanic Black dan Pearl Jupiter Gray.
  • Antara dua varian itu, Honda Jepun mensasarkan jualan tahunan lebih tinggi untuk PCX 125 iaitu 18,500 unit, berbanding 6,500 unit untuk PCX 160. Model pasaran Jepun ini adalah diimport dari Vietnam.

Ciri-ciri PCX 160 dan PCX 125 Jepun

  • Honda PCX 160 dijana enjin 4-lejang silinder tunggal KF47E 156cc OHC dengan suntikan bahan api PGM-FI yang memberikan output kuasa 15.8ps @ 8,500rpm, dan tork 15Nm @ 6,500rpm.
  • Honda PCX 125 dijana enjin 4-lejang silinder tunggal JK05E 124cc OHC dengan suntikan bahan api PGM-FI yang memberikan output kuasa 12.5ps @ 8,750rpm, dan 12Nm @ 6,500rpm.
  • Kapasiti tangki petrol 8.1 liter.
  • Dimensi tinggi 1,125mm, tinggi pelana 764mm, jarak tinggi bumi 135mm.
  • Berat 134kg (PCX 160), dan 133kg (PCX 125).
  • Tayar 110/70 14M/C 50P (depan), dan 130/70 13M/C 63P (belakang).
  • Sistem brek cakera depan dan belakang 220mm dengan kaliper Nissin dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal (depan sahaja).
  • Dilengkapi sistem lahu henti (ISS) dan kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC).

Harga

  • Honda PCX 160 - 462,000 yen (RM13,400)
  • Honda PCX 125 - 379,500 yen (RM11,010)
Honda PCX 160 2025
Honda PCX 160 (Matte Starry Blue Metallic) 2025.01
Honda PCX 160 (Pearl Magellanic Black) 2025.03
Honda PCX 160 (Pearl Magellanic Black)
Honda PCX 160 (Pearl Magellanic Black)
Honda PCX 160 (Pearl Snowflake White)
Honda PCX 160 (Pearl Snowflake White)
Honda PCX 160 2025
Honda PCX 160 2025
Honda PCX 160 (Pearl Jupiter Gray)
Honda PCX 160 (Pearl Jupiter Gray)
Honda PCX 125 2025
Honda PCX 125 (Pearl Jupiter Gray) 2025.01
Honda PCX 125 (Pearl Magellanic Black)
Honda PCX 125 (Pearl Magellanic Black)
Honda PCX 125 (Pearl Snowflake White)
Honda PCX 125 (Pearl Snowflake White)
Honda PCX 125 2025
Honda PCX 125 2025
Honda PCX 125 (Matte Starry Blue Metallic)
Honda PCX 125 (Matte Starry Blue Metallic)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda PCX, Honda PCX 125, Honda PCX 125 2025 Jepun, Honda PCX 160, Honda PCX 160 2025 Jepun, roda2, skuter maksi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev