BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) mencatatkan kejayaan luar biasa sepanjang 2024 dengan terus menerajui industri automotif premium dan memajukan strategi elektromobiliti jenama itu.
Secara keseluruhan, BMW Malaysia menghantar lebih 13,500 unit kenderaan (BMW, MINI, dan BMW Motorrad) dengan 66 peratus adalah pemasangan tempatan (CKD), sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai pengeluar automotif premium nombor satu di Malaysia.
Pencapaian Utama
- Kenderaan Elektrik: Penghantaran lebih 2,700 unit kenderaan elektrik (EV) premium, mewakili 20.5 peratus daripada jumlah penghantaran 2024, sekali gus menjadikan BMW Malaysia sebagai pembekal EV premium nombor satu negara ini.
- BMW dan MINI: BMW mengedarkan lebih 10,500 unit, dengan MINI mencatatkan lebih 1,400 penghantaran. MINI Countryman SE ALL4 elektrik mencatatkan jualan lebih 320 unit dalam tujuh bulan pertama selepas pelancaran.
- BMW X Series: BMW X1 sDrive20i mencatatkan peningkatan 195 peratus, dengan lebih 3,600 unit BMW X dihantar sepanjang tahun.
Inovasi dan Elektrifikasi
- BMW Malaysia memperkenalkan 27 model baharu sepanjang 2024, termasuk 12 model EV seperti BMW iX2 xDrive30 dan BMW i5 eDrive40 M Sport.
- Menyediakan lebih 2,020 fasiliti pengecas EV seluruh negara dalam usaha memastikan pelanggan EV memiliki akses mudah dan selamat ke stesen pengecas.
Kejayaan Segmen dan Perkhidmatan Pelanggan
- BMW Group Financial Services Malaysia membiayai lebih 4,500 unit dengan 46 peratus adalah EV atau hibrid plug-in (PHEV).
- Kejayaan dalam perkhidmatan pelanggan dengan BMW, MINI, dan BMW Motorrad masing-masing mencapai skor bersih tinggi (98, 97, dan 96).
- Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau BMW Group meraikan ulang tahun ke-20 dan pelaksanaan fasiliti baharu di Johor Bahru, sekali gus mengukuhkan Malaysia sebagai hab logistik utama Asia Pasifik.
Peluasan Pasaran dan Pertumbuhan
- BMW Malaysia juga berjaya mengeksport lebih 11,000 unit kenderaan ke Filipina dan Thailand, sekali gus menjadi pengeksport terbesar Malaysia ke Asean.
Secara keseluruhan, 2024 mencatatkan prestasi kukuh dalam pertumbuhan, inovasi, dan pengukuhan posisi BMW Malaysia di pasaran automotif premium serta elektrifikasi.
Leave a Reply