• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hujan Lebat Berterusan, Hampir 100 Lubang Jalan Ditemui Seluruh Singapura

Hujan Lebat Berterusan, Hampir 100 Lubang Jalan Ditemui Seluruh Singapura

January 15, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


HAMPIR 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura dalam 12 hari pertama Januari 2025 berikutan hujan lebat berterusan, lapor Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA).

Walaupun jumlah itu lebih rendah berbanding tempoh sama pada 2024, ia masih menunjukkan kesan cuaca buruk terhadap infrastruktur jalan.

Lubang jalan terbentuk apabila air meresap ke dalam rekahan permukaan jalan akibat hakisan dan semakin melebar apabila dilalui kenderaan. Malah, situasi itu bertambah teruk disebabkan hujan lebat berterusan.

LTA menjelaskan, usaha pemeliharaan jalan yang lebih proaktif dalam beberapa tahun kebelakangan ini membantu mengurangkan jumlah lubang jalan dikesan. Pada 2021, terdapat 9,702 lubang jalan, tetapi angka itu menurun kepada 3,013 pada 2024.

Memandangkan Singapura masih berada dalam fasa hujan monsun timur laut yang dijangka berterusan hingga akhir Januari ini, kata Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura, Bernard Tay yang menasihatkan pengguna supaya lebih berhati-hati.

Beliau menasihatkan pemandu memastikan komponen wiper dan tayar kenderaan dalam kondisi baik bagi menghadapi cuaca lembap.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jalan Berlubang, Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA), Singapura

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev