DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 11 notis kompaun kepada kontraktor yang didapati melanggar peraturan ketika menjalankan kerja mengorek jalan di sekitar ibu kota.
Menurut kenyataan DBKL, kompaun tersebut dikeluarkan hasil operasi pada Sabtu lalu yang melibatkan pemeriksaan bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Kompaun dikenakan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, serta Undang-undang Kecil Pengangkutan Bahan 1997."
DBKL juga menyatakan akan terus memantau dan mengambil tindakan di lokasi tumpuan yang dikenal pasti.
Orang ramai yang ada sebarang aduan boleh menghubungi atau mengemukakan maklumat melalui pautan adukl.dbkl.gov.my.
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply