• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Loke: Dulu Bantah Sebab Jadikan Saman AES Bentuk Perniagaan

Loke: Dulu Bantah Sebab Jadikan Saman AES Bentuk Perniagaan

January 15, 2025 By Han Othman Leave a Comment

27
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

kamera aes
MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyatakan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dibantah ketiks era pemerintahan Barisan Nasional (BN) lalu adalah disebabkan metod penguatkuasaan yang salah.

Menurutnya, AES ketika itu dilaksanakan sebuah syarikat swasta yang menjadikan sistem itu satu bentuknperniagaan

Setiap saman dikeluarkan AES dahulu, ada sebahagian hasil tersebut disalurkan kepada syarikat swasta.

“Lebih banyak saman dikeluarkan maksudnya lebih keuntungan untuk syarikat. Sehingga satu saman, 50 peratus dimasukkan dalam syarikat,” katanya dalam hantaran video di Facebook, Isnin lalu.

AES kini dikenali sebagai Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) beroperasi dan dikuat kuasa berpandukan kaedah serta garis panduan operasi standard ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

AES sebelum ini pernah dibantah pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi Pembangkang.

Namun, selepas mengambil alih kerajaan, PH tidak lagi menyambung kontrak dua konsesi pengendali AES berkenaan yang tamat pada 31 Ogos 2019.

Loke Selasa lalu mengumumkan kamera AwAS dinaik taraf kepada kaedah pemantauan titik ke titik, menggantikan pendekatan statik semasa.

Loke turut mengingatkan beliau pernah membatalkan 4.03 juta saman AES ketika PH menjadi Kerajaan pada 2018.

Menurutnya, hasrat Kerajaan ketika ini adalah mencegah pemanduan laju dalam kalangan pengguna jalan raya, selain penguatkuasaan lebih tegas terhadap semua termasuk kenderaan berat.

Saya tahu saya dimaki tetapi kalau kita tidak berani buat keputusan selagi mana pun kita tidak akan ada perubahan ke arah lebih selamat.

“Kita buat langkah ini demi keselamatan, demi memastikan jalan raya lebih selamat,” katanya lagi.

SUMBER: SinarHarian

Related

27
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AES, Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Automated Awareness Safety System (AwAS), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), saman aes

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev