• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sultan Pahang Mahu Infrastruktur Jalan Raya Ditambah Baik

Sultan Pahang Mahu Infrastruktur Jalan Raya Ditambah Baik

January 14, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menekankan pentingnya penambahbaikan infrastruktur jalan raya di negeri ini untuk mengurangkan risiko kemalangan.

Baginda bertitah bahawa pemasangan tanda keselamatan dan lampu di lebuh raya serta jalan kampung, terutamanya di kawasan selekoh perlu diberikan perhatian. Malah, kekurangan lampu di kawasan Karak (Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak) juga perlu diperbaiki.

Selain itu, baginda turut mengingatkan pemandu untuk memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan kerana kadangkala keadaan kereta tidak memadai, namun masih lagi dipaksa untuk bergerak.

Baginda bertitah sedemikian selepas melawat waris lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di KM65 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin pada 11 Januari lalu, di Kampung Sepauk.

Semek Muda, 62, yang kehilangan anak perempuannya, Rahimah Awang Muda, dalam kemalangan tersebut, meluahkan rasa terima kasih atas keprihatinan Sultan Pahang yang mengunjungi keluarga mereka dan memberi kata semangat.

Rahimah, yang merupakan tulang belakang keluarga, bersama suami dan dua anaknya, meninggal dunia selepas kereta mereka bertembung dengan sebuah MPV.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Infrastruktur Jalan Raya, Lebuhraya Karak, Sultan Pahang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my