• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 23 Jemaah Surau Cedera, Bas Persiaran Langgar Belakang Treler

23 Jemaah Surau Cedera, Bas Persiaran Langgar Belakang Treler

January 14, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SERAMAI 23 individu cedera apabila bas persiaran yang mereka naiki melanggar bahagian belakang treler di KM 157.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Sungai Bakap, pada pagi tadi.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap, Saiful Bahari Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.16 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

Tambah beliau, kemalangan melibatkan bas persiaran yang membawa 24 penumpang termasuk pemandu dan kelindan yang dilaporkan melanggar belakang lori kontena.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba mengeluarkan semua mangsa dari bas berjalan dengan lancar dan tiada mangsa yang tersepit dalam kejadian tersebut. Malah, rawatan awal turut diberikan melalui Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Kesemua mangsa cedera juga telah dihantar ke Hospital Sungai Bakap dan Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut. Setakat ini, dua mangsa dirawat di zon merah, manakala sembilan di zon hijau dan 12 lagi di zon kuning.

Menurut laporan trafik, insiden itu menyebabkan semua lorong ditutup untuk kerja pengalihan dan aliran trafik terhenti sepanjang 2.5km sejak jam 4.20 pagi.

Difahamkan, semua penumpang yang terlibat dalam kemalangan itu adalah muslimah dari Seremban, dalam perjalanan ke Masjid Murtadha Dakwah Centre (Madad) di Sungai Petani, Kedah.

SUMBER: Kosmo

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bas Persiaran, kemalangan jalan raya, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), treler

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my