• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Cuba Buka Pintu Pesawat Selepas Gaduh Dengan Kekasih

Lelaki Cuba Buka Pintu Pesawat Selepas Gaduh Dengan Kekasih

January 13, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG lelaki warga Puerto Rico, Angel Luis Torres Morales telah dihadapkan ke Mahkamah Perbandaran Boston pada Rabu atas tuduhan mengganggu operasi pesawat kendalian syarikat penerbangan JetBlue.

Bagaimanapun, Morales yang menghadapi tuduhan berkenaan mengaku tidak bersalah dan akan kembali ke mahkamah untuk prosiding seterusnya pada 4 Mac depan.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 7.30 petang (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan, pada Selasa lalu, dilaporkan berpunca daripada pergaduhan antara Morales dengan teman wanitanya melalui panggilan telefon. Dia kemudiannya bangun dan berlari menuju ke pintu keluar lalu mencuba untuk membuka pintu pesawat yang sedang bersedia untuk berlepas.

Tindakan itu menyebabkan gelongsor kecemasan terpaksa dan menimbulkan panik di kalangan penumpang. Malah, beberapa penumpang dilaporkan menjerit ketakutan dan meminta Morales untuk berhenti daripada terus membuka pintu tersebut.

Hasil siasatan berdasarkan keterangan penumpang yang duduk di kerusi belakang Morales juga menyatakan bahawa pertengkaran dengan teman wanitanya itu menjadi punca utama insiden tersebut berlaku.

Justeru, pihak JetBlue turut mengesahkan bahawa pesawat pengganti telah digunakan untuk membawa penumpang ke destinasi asal mereka.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, JetBlue, Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my