MULA diperkenalkan 19 Mei lalu, Modenas Pulsar RS200 dikhabarkan menerima sambutan luar biasa. Bukan saja dijual pada harga 'tidak masuk akal', model sportbike itu sudah terbukti berjaya memikat hati rakyat Malaysia. Salah seorang pemilik Modenas Pulsar RS200 mengirim mesej kepada kami untuk memberi maklum balas tentang motosikal yang baru saja dibelinya.
Empunya jentera, Asyraf Masran memaklumkan faktor harga mampu milik selain rekaan menarik menjadi faktor utama ia memiliki model rebadge daripada Bajaj itu.
"Asalnya memang tak nak beli. Tapi lepas tengok kat kedai, terus ubah fikiran. Mana nak tahan bang, murah dan design cantik. Jenama lain mana nak dapat motor harga macam ni," kata anak muda asal Kuala Selangor itu.
Jom kita baca lagi komen Asyraf pasal Modenas Pulsar RS200 selepas hampir dua minggu memilikinya;
BACA >>> Modenas Lancar 3 Model Bajaj - Harga Pula 'Tak Masuk Akal', Bermula RM5,989!
* Tulisan di bawah sudah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa menjejaskan maksud dan gaya penulisan penulis asal. Beberapa bahagian dan sentuhan turut dibuat tuan punya motor. Harap maklum.
1. REKAAN MEMIKAT HATI
Dari segi paras rupa, pandangan hadapan sudah berjaya memikat hati saya. Mana tidaknya, lihat lampu projektor yang seakan-akan Yamaha R1. Rekabentuk pula tak ketinggalan zaman. Paling penting, setiap butang-butang yang ada pada handle bar (signal, high beam, hon, start button) bercahaya.
2. TAHAN LASAK KE?
Sedia maklum, Bajaj ialah syarikat paling popular di India. Produknya juga sudah terbukti tahan lasak. Lihat saja di serat pelusuk India, motosikal Bajaj ada di mana-mana. Kualiti dan alat ganti pula sama dengan KTM Duke 200. Walaupun berasal dari India, kualiti pun tak cikai.
BACA >>> Mahu Servis Motosikal, Hubungi Saja Mobile Service Modenas
Selepas tunggang lebih daripada 600km, tiada sebarang masalah atau kelemahan yang ada walaupun tak berpantang seperti yang disyorkan dalam buku panduan.
3. MINYAK PULA BAGAIMANA?
Memandangkan Modenas Pulsar RS200 menggunakan tiga palam pencucuh, sudah pasti penggunaan baha api lebih jimat. Dengan tangki penuh (13L), ia boleh pergi sampai 650km dengan kelajuan purata 100kmj. Jika bawa laju dalam 130kmj, setiap 1L boleh pergi sejauh 30km. Anda nilai sendiri.
4. TOP SPEED?
Ini soalan paling popular. Dengan seorang pembonceng, Modenas Pulsar RS200 boleh pergi sehingga 148kmj. Kelajuan yang dicapai itu dengan posisi badan yang tegak ye, bukan meroket. Jika seorang, ia boleh dapat 151kmj. Sejujurnya saya rasakan ia boleh pergi lebih laju. Tapi kalau nak lagi laju, tukarlah ECU 🙂
BACA >>> Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
SEMUA CERITA BEST JE, APA PULA KELEMAHAN PULSAR RS200?
1. Panel meter tiada indikator gear. Kalau boleh, letaklah indikator. Kadang-kadang dah gear enam pun masih tekan gear sebab ingat masih ada gear lagi.
2. Ada beberapa bahagian cover set renggang dan mungkin boleh diperbaiki lagi. Bahagian QC kena pertingkatkan lagi.
3. Tiada cangkuk susah nak gantung helmet.
Paart says
Meter dia ralat tak kalu compare ngn gps meter
AsyrafMasran says
Gps berat 10kmh
mfiir4 says
Berapa harga Malaysia motor ni?
AsyrafMasran says
12k
MR ARIF says
Sempoi modenas telah kembali megah...
Afiq says
Full tank boleh pegi 650km?
Serious shit???
AsyrafMasran says
Speed 100kmh, 1 liter boleh dpt 50km
Speed 100-130kmh, 1 liter boleh dpt 30km
Kalau santai giler speed 100kmh
13 liter kali 50km
Lebihkurang 650km boleh dpt
Shah says
Jarak tu mcm dr jb ke penang.. Lebih kurang.. Biar btul 13l x pyah tunag minyak dr jb ke penang. Fikir fikirkan la
AsyrafMasran says
Kt group tu org tu dpt 350 full tank dgn top speed
Kalau santai speed ex5 x mustahil boleh dpt around 500km
KR Selamanya says
Tu dah tolak berat rider? Geseran jalan? Inertia? Angin? Serius deh 650km? Ke teori jek??
duan says
lagi2 kalau hiway utara selatan... jalannya mmg rata dan smooth boleh menjimatkan petrol berbanding hiway LPT
Muhd zamrie says
Kt mna buat lampu belakang tu...
fairus says
650 km tu mustahil...tp 1l utk 30 km boleh dapat....math dia....13lx30km= 390km....ralat kot....excited sgt cter
Haizie noor hazmie says
Ni kartun punya story
AsyrafMasran says
Kalau x percaya petgi la masuk group fb selidik membaca mengkaji..bukan sorg yg mgakui penjimatannya...
Tak pakai tapi nk kondem pulak.hahaha
azam says
fz150i aku pakai bwk 100kmh full tank dpt 550km.. lampun minyak start blink mase 500km
ariff says
Dh bawak slow tambah plak pkai 3 plug...Mau xjimat ptrol
Darr says
Lagenda 115 untuk jarak 150km guna lebih dari 3 liter. Speed maintain 90km/j GPS. 100km/j meter motor. 80% highway.
Kiranya full tank boleh pergi 150km je.
*hari2 ulang alik kl-seremban.
Zul says
Tak kut dlm 100 km je kut, full throttle highway
Adnan says
mana dapat lampu belakang tu
Abangmandol says
Buat sendiri.. Diy tgk youtube.. Kalau kedai buat kene tambah duit sikit
saya lah says
Bia je la yg x pecaya tu...sy ride dr kuantan ke hatyai...pegi balik 1443km..fuel ron97=rm85.81....boleh je dpt 1liter=41.67km...speed 100-130kmj..itu 2 plug...3 plug n injection lg la jimat...sy guna fz dulu lg jimat dr r25...tp tu la speed plak..
mazil says
sekarang tuan guna pulsar ke guna r25?
Pulsar dgn FZ mane syok long distance?
Fzowner says
Fz spare part tak susah..
Pulsar nie..aduss..good luck
epulsamad says
klu 100 mantin je tp penah plk ad yg bawak smpai 100 xreti nk naik3 lg3 hywy ni
lalu burung pun berhuhu....
AsyrafMasran says
Boleh masuk group Modenas Bajaj Community
Baca dr user.itu semua fakta dan realiti
Sembang pumpang2 pon tak guna
Huhuhu
Ahmad says
Lampu belakang untuk RS200 ni dh tukar sama macam NS200 ke? Rasanya masa launch lampu dia lain
ABG GYL says
Ya, lampu belakang termasuk signal tuan punya badan dah kasi 'sunat'.
Muazmazlin says
Kalau tukar ekor dia tu nak tukar Kat mana?
awie says
Hebat
aly says
Cruise speed/ideal speed brape ni? Pda rpm brape? Tq
AsyrafMasran says
Mohon turut serta dlm group Modenas Bajaj Owners Club Malaysia
Ali says
Mohon add bro, aku pun owner rs200 cuma dapat lepas raya. 60134437979
Awanglokan says
Harp buang perkataan bajaj sebut aja modejaj abih cerita bajaj vrsi melayu elk di pnggil modenas pendekar highway rs200
Jupiter says
ayat org tak boleh terima kenyataan sebab da beli motor lagi mahal...terima la kenyataan yg model ni lagi bagus...terima lah..hahaha
Asyraf says
Pakai ekor ape tu? Boleh masuk kat ktm rc x?
AsyrafMasran says
LED flexible jer...mana2 motor boleh pakai
Ipan says
Aq punya bru kluaq minggu lepas ...puas ati jgak..tp lampu tu nk buang...nk tuka...nak tanya lampu blakang kalau pasang led kena tahan dak
AsyrafMasran says
X pasti la..tp.pastikan terang dan pastikan signal berasingan dgn brek
Ali says
Ade group whatsapp rs200 tak nak join?
Kai says
Ade xpengalaman yang dah guna naked ns200 pulak? Klau best nak angkat
Zakeri Ismail says
Salam...boleh add sye nak join group ns200?
Jggut says
I salute ngan Modenas Skrg dah mampu keluarkan moto race bike yg berkualiti.. Syabas & tahniah
sikosong says
lampu signal blakang tu guna lampu apa?cantik laa
Sinkong says
Lampu picit
Saga3 says
Pada pandangan saya adalah lebih manis jika namanya lebih ringkas, contoh :-MODENAS 'RS' 200 / MODENAS 'NS' 200..
Perkataan Pulsar ditiadakan..
Spekulasi sudah tersebar bahawa modenas akan melancarka model baru dominar 400..
Apa kata nama model dominar 400 digantikan dengan MODENAS 'NS' 400 / MODENAS 'RS' 400..
Apa kata anda..!!!
p/s : dah mula kumpul duit untuk dominar 400
Ggg says
Modenas ambil 100% India punya motor mane dapat padam nama pulsar tu
Ifah says
Nk tnya ada lg ke motor rs200 pulsar ni..npe sy cr kat kawasan ipoh x ada..boleh tolong bgtau x kat ipoh ni kedai mna yg jual motor ni..
AsyrafMasran says
Jom masuk group fb Modenas Bajaj Community
Di situ ada pelbagai bukti dari aspek penjimatan minyak
Modifikasi dan lain2 info
Ashraff says
Boleh add saya masuk wssap group ke
0133060059
Tengku says
Add saya juga club pulsar ....0194668746
Ninpow says
Cerita pasal modenas bajaj rs200 dan ns200 nih mmg laku....tp ada satu lagi modenas bajaj v15 150cc tuh...yg itu pun teknologi dia tak kalah...twin spark...tp tak laku,mungkin sbb dlm kategori 150cc skrg nih org bandingkan dia dgn honda rs150 n yamaha y15zr...lgpun bentuk dia plak xelok....dia bukan kategori supercub yg tgh panas skrg nih...skrg nih ada satu lagi pioneer benelli rfs150 yg hangat diperkatakan dgn teknologi triple spark dia...yg ini pun bersaing jgak dgn modenas bajaj v15 nih....so dari segi bentuk dia mmg dah kalah..,satu lg dia claim tank dia " from invincible metal INS vikran ".....sebuah kapal perang tentera laut india yg dilupuskan,besi2 dia telah discrap,dilebur lalu dijadikan tank utk bajaj v15 nih.....tp xserupa bikin,jentik tank dia tak invincible pown.....nipis lain mcm jaaaa.....
Arnab Terbang says
Hahahaha!
Baru petang tadi gi kedai moto. Beli ns200 (utang laaa.. hahaha!). Ni gara² terpengaruh ngan kawan² yg dh pakai ns200 n rs200 la..
Akmal says
Memang tak boleh sangkut helmet ke motor ni? Pastu macam mana nak letak helmet masa parking?
Mirul says
Boss nk tye sikit ap pakai tail light ap ye??? Sy pon nk buat mcm yg boss buat...boleh share info x???
Loges says
Mcm mn dgn lambu belakang. Modific sendiri?
Haziq says
Mana lagi untung ktm rc200 or pulsar rs200 .tngah pening ni
Jwan says
Dua2 lbih kurang je senarnya...tpi klu nk ikut harga, modenas rs200 la
nursajat says
buang ekor lawa pula.. terpikir juga bagaimana nak ganti lampu brek blakang tu.. tapi mcm nice je solution ni.. hehe
Abdul Halim says
Rs200 kalau buh box tepi dan atas boleh ke? Smart tak?
Muhammad Akmal says
moto ni boleh tambah accesori spt box tak?
zulkifli latif says
malam tadi anak aku bawak moto (rs200) , balik kena tunda sbb tak dapat dihidupkan..
pada meter tak ada sebarang lampu yg menyala ( gelap) , yang ada hanya lampu biru pada suis lampu dan sius start... kenapa yeee.... milelist baru 450 km..
Adam Luthfie Bin Abdul Razak says
Aku pengguna RS, setakat nie minyak 13L sampai 400km jew bawa sanTai (110km kebawab)
Rosmadi says
yg tak best tak ada gear position indicator. At least kalau ada lampu 'top gear' pun dah ok
haziq says
nak tanya bro...
total price utk service minyak hitam berapa ringgit?
and boleh pakai mana2 minyak hitam 4t mcm motor lain?
ke ada minyak khas berjenama?
Aszhar says
Assalamualaikum nak tanya kalau modi yg belakang tu kat kedai ade ker tak ye ?
Jack123 says
Hanya satu kekurangan nyata Pulsar RS200 atau NS200, tiada penunjuk gear. Komponen ini sangat penting.
Selepas 3 bulan memilikki Pulsar dengan jarak pemanduan sudah mencapai 700km, motor ini memang 'sedap'.
dan designnya memang cantik. Sangat sesuai sebagai pemula bagi yang baru berjinak-jinak dengan moto kuasa besar terutama bagi yang belum biasa menggunakan klac...