• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 61 Unit Proton e.MAS 7 Bakal Jadi Kenderaan Rasmi Kepengerusian ASEAN 2025

61 Unit Proton e.MAS 7 Bakal Jadi Kenderaan Rasmi Kepengerusian ASEAN 2025

January 10, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBANYAK 61 unit kenderaan elektrik (EV), Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai kenderaan rasmi untuk delegasi utama sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, dengan 194 unit Proton X70 turut dilibatkan. Semua penghantaran dijangka selesai bulan ini, menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah.

Model-model ini akan digunakan untuk pengangkutan pemimpin tertinggi sepanjang kepengerusian, dan menekankan komitmen Proton untuk menyokong agenda mesyuarat ASEAN yang melibatkan teknologi hijau dan kenderaan bebas karbon.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan bahawa pemilihan Proton e.MAS 7 sebagai kereta rasmi mesyuarat ASEAN menunjukkan sokongan kerajaan terhadap Proton dan pengeluaran EV negara.

Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN pada Januari 2025 dengan tema  "Keterangkuman dan Kemampanan", bertujuan untuk memperkukuh ASEAN yang lebih bersatu dan makmur.

Dalam perkembangan lain, CEO Proton, Dr. Li Shunrong mengumumkan bahawa sehingga kini, lebih 3,000 tempahan Proton e.MAS 7 telah diterima. EON Berhad juga mencatatkan 271 tempahan, menduduki tempat teratas sebagai pengedar utama di seluruh negara.

Sebagai penghargaan kepada populariti model ini, PRO-NET melanjutkan tawaran pakej pelancaran menarik dan rebat RM4,000 kepada 3,000 pelanggan seterusnya. Kini, 6,000 tempahan pertama akan menikmati tawaran eksklusif ini.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Kepengerusian ASEAN 2025, Proton, Proton e.MAS 7, Proton New Energy Technology (Pro-Net)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my