• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Tesla Model Y Limited Launch Edition 2025 Masuk Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM195k!

Tesla Model Y Limited Launch Edition 2025 Masuk Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM195k!

January 10, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


TESLA Malaysia mengumumkan tawaran varian Tesla Model Y Limited Launch Edition 2025 ke pasaran tempatan dalam dua varian, iaitu pacuan roda belakang (RWD) dan pacuan semua roda (AWD).

Varian baharu itu didatangkan dalam warna baharu Glacier Blue (biru). Berikut harga dan spesifikasi ringkas mengikut varian Tesla Model Y Limited Launch Edition 2025:

Model Y (RWD)

  • Harga RM195,450
  • Jarak pandu 466km
  • Pecutan 0-100kmj 5.9 saat
  • Kelajuan maksimum 201kmj

Model Y Long Range (AWD)

  • Harga RM242,450
  • Jarak pandu 551km
  • Pecutan 0-100kmj 4.3 saat
  • Kelajuan maksimum dihadkan seperti Model Y (201kmj)

HARGA CAT BADAN TESLA MODEL Y

Pilihan warna yang tidak memerlukan belanja tambahan ialah Stealth Grey (kelabu gelap), manakala empat warna lain, termasuk Glacier Blue ada kos tambahan perlu dibayar:

  • White (putih) - RM5,000
  • Glacier Blue (biru) - RM7,500
  • Quicksilver (perak) - RM11,000
  • Ultra Red (merah) - RM11,000

APA YANG MENARIK?

  • Tesla Model Y baharu didatangkan dengan rekabentuk bespoke cyber pada lampu bar horizontal di depan dan belakang, hasil ilham daripada model Cybercab dan Cybertruck.
  • Maklumat Model Y baharu dapat dilihat di laman web Tesla.
  • Ada lencana khas di belakang kenderaan, lampu lencana puddle dan sil pintu dengan istilah Launch.
  • Konsol pengecas dan karpet lantai juga menerima rekaan khas dengan aksen perak dan trim dalaman sued hitam.

  • Model Y dikatakan memiliki kabin lebih senyap dengan setiap cermin tingkap menggunakan dua lapisan kaca. Bumbung kaca panoramik pula menerima lapisan perak untuk mengurangkan radiasi UV.
  • Tambahan lain ialah rim dan difuser belakang rekaan baharu.
  • Ada beberapa ciri dipinjamkan daripada Model 3 seperti lampu ambien, kerusi dengan pengudaraan dan skrin digital untuk penumpang belakang.
  • Tempat duduk belakang boleh dilaras atau direbahkan menggunakan butang tekan.
tesla model y 2025 - 1
tesla model y 2025 - 2
tesla model y 2025 - 3
tesla model y 2025 - 8
tesla model y 2025 - 9
tesla model y 2025 - 10
tesla model y 2025 - 11
tesla model y 2025 - 4
tesla model y 2025 - 5
tesla model y 2025 - 6
tesla model y 2025 - 7
tesla model y 2025 - 12
tesla model y 2025 - 13
tesla model y 2025 - 14

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: autoterkini, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Roda4, Tesla Malaysia, Tesla Model Y Limited Launch Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev