• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lamborghini Serah Lebih 10.6k unit kenderaan, Prestasi Meningkat 6 Peratus Berbanding 2023

Lamborghini Serah Lebih 10.6k unit kenderaan, Prestasi Meningkat 6 Peratus Berbanding 2023

January 10, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PADA 2023, Automobili Lamborghini menyerahkan lebih 10,100 unit kenderaan, meningkat 10 peratus berbanding 2022. Serahan paling banyak di Amerika Syarikat (AS), iaitu 3,465 unit dan bertambah 9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimana pula 2024? Sekali lagi meningkat iaitu 10,687 unit atau pertambahan 6 peratus daripada 2023, seterusnya mencatatkan rekod penyerahan tahunan terbaik dalam sejarah pengeluar itu.

Hiruk-pikuk kenderaan elektrik (EV) nampaknya tidak sampai kepada Lamborghini sebagai pengeluar kereta sport mewah. Dari segi pecahan, ketiga wilayah makro mencatatkan pertumbuhan berbanding 2023.

Senarai Serahan Mengikut Pasaran 2024

  • EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika: 4,227 unit (+6 peratus)
  • Amerika: 3,712 unit (+7 peratus)
  • APAC (Asia Pasifik): 2,748 unit (+3 peratus)

Walaupun tidak terkesan, Lamborghini sudah bersiap dengan model elektrifikasi, iaitu Revuelto V12 PHEV (foto bawah). Model ini menerima tempahan kukuh hingga penghujung 2026.

Selain Revuelto, Huracán turut memainkan peranan penting dalam prestasi 2024. Pengeluaran kumpulan terakhir masih lagi berjalan dan penghantaran dijadual dibuat sepanjang 2025.

Lima versi, iaitu Sterrato, EVO Spyder, Tecnica, STO dan STJ menutup jilid Huracán sejak 2014 sebelum baton diserahkan kepada Temerario dan sebuah lagi model hibrid plug-in (PHEV).

Pencapaian Lamborghini sejak bertahun secara majoriti disumbang kenderaan utiliti sukan (SUV) super, Urus. Model ini menerima perubahan besar melalui Urus SE PHEV (foto atas) yang diperkenal pada April 2024.

Lamborghini Urus SE akan menggantikan Urus S dan Performante. Dalam tempoh 18 bulan, Lamborghini memperkenalkan tiga model baharu dan menyempurnakan peralihan kepada model hibrid sepenuhnya.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Automobili Lamborghini, Lamborghini, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my