KIA EV9 2024 dinobatkan sebagai Kereta Elektrik Terbaik dan Kenderaan Elektrik Mewah 3-Tempat Duduk Terbaik dalam majlis Star Carsifu Editor Choice Awards 2024.
Majlis anugerah itu diadakan di M Resort Hotel di Kuala Lumpur, bertujuan meraikan kecemerlangan dalam kemajuan automotif, dan memberi penghargaan kepada inovasi rekabentuk, ciri, dan teknologi hijau.
Ketika kita meneruskan peralihan ke arah elektrifikasi kenderaan, kami beri komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan Kia dalam memilih model paling sesuai untuk pasaran Malaysia."
Kia EV9 2024 debut di Malaysia pada Mei 2024 dengan harga mula RM368,888 untuk konfigurasi 7-kerusi dan RM373,888 (6-kerusi).
Kia EV9 2024 ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik 3-baris tempat duduk pertama daripada Kia, dibangunkan atas Platform Modular Global Elektrik (E-GMP) yang menggabungkan inovasi berani, rekabentuk moden, dan teknologi termaju.
Model ini dibina berasaskan falsafah rekabentuk 'Opposites United' yang menggabungkan elemen semula jadi dan estetik futuristik. Bahagian luaran menampilkan konsep 'Digital Tiger Face' menerusi gril lampu corak digital, lampu depan vertikal, dan pencahayaan LED Star Map dianimasi.
Bahagian dalaman pula menumpukan ruang, fleksibiliti, dan teknologi dengan menawarkan konfigurasi 6- dan 7- kerusi, kabin luas dan terbuka, serta papan pemuka minimalis dengan dua unit skrin sentuh 12.3 inci selain penggunaan material mesra alam. Rekabentuk ini dirancang untuk keluarga milenium yang mengimbangi aspek keanggunan dan praktikaliti.
Dengan bateri 99.8kWh dan dwi-motor, Kia EV9 2024 menghasilkan output kuasa 380hp, dan tork 700Nm, dengan jarak pemanduan 505km. Prestasi ini menggabungkan kuasa dan tanggungjawab alam sekitar, sekali gus menjadikan Kia EV9 2024 sebagai simbol inovasi dan kelestarian dalam kenderaan elektrik (EV).
Leave a Reply