• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Touch 'n Go Lancar Tiga Produk Kad Edisi Khas Baharu

Touch 'n Go Lancar Tiga Produk Kad Edisi Khas Baharu

January 20, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SYARIKAT pembayaran elektronik, Touch 'n Go (TnG) memperkenalkan beberapa produk baharu siri kad TnG POP Series - Lime dalam warna serba hijau yang menyerlahkan personaliti berani.

Pada masa sama, TnG turut melancarkan kad Touch 'n Go x Bichi Mao Limited Edition, iaitu kad edisi terhad kerjasama antara TnG dan artis tempatan berbakat, Bichi Mao dalam tiga rekaan menarik sempena meraikan budaya Malaysia yang unik dan ramah.

TnG x Bichi Mao Limited Edition dan POP Series - Lime

Produk ketiga diperkenalkan ialah kad rantai kunci TnG Charm Dino (foto bawah) baharu dengan spesies dinosaur Stegosaurus, dinamakan ANA.

Kad TnG Charm Dino adalah siri kad dengan ciri NFC dalam bentuk rantai kunci yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran tol, tambang bas dan tren, serta parkir.

TnG Charm Dino

Menarik mengenai kad rantai kunci Charm ini adalah isian semula boleh dibuat menggunakan aplikasi TnG eWallet, termasuk menyemak baki kredit. Kad rantai kunci ini juga direka untuk mudah dibawa ke mana saja kerana boleh diikat bersama kunci, telefon pintar atau lanyard.

Sebelum ini TnG pernah memperkenalkan produk sama, dinamakan TnG Charm Christmas Edition.

Jika berminat denan tiga produk TnG ini, anda bolehlah layari laman web touchngo.com.my atau beli saja menerusi platform beli-belah atas talian seperti Shopee dan Lazada.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Kad TnG NFC, TnG, Touch 'n Go (TNG), Touch ‘n Go eWallet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my