• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kereta Elektrik Pertama Honda, Sony dengan 40 Sensor Bakal Debut 2026!

Kereta Elektrik Pertama Honda, Sony dengan 40 Sensor Bakal Debut 2026!

January 8, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA dan Sony bakal melancarkan kereta elektrik pertama dibangunkan bersama, Afeela 1 2026, yang akan diperkenalkan dalam dua varian:

  • Origin - AS$89,900 (RM404,325), penghantaran dijangka bermula 2027.
  • Signature -  AS$102,900 (RM462,790), penghantaran dijangka bermula 2026.

Tempahan model EV itu kini dibuka dengan deposit AS$200 (RM900) yang terhad untuk penduduk California, Amerika Syarikat (AS).

Berikut spesifikasi Afeela 1 2026:

  • Dilengkapi 40 sensor, termasuk 18 kamera, LiDAR, sembilan radar, dan 12 sensor ultrasonik dengan menawarkan ciri bantuan pemandu canggih.
  • Turut menyediakan akses kepada perkhidmatan hiburan seperti permainan, muzik, dan filem yang disediakan Sony.
  • Dikuasakan dwi-motor yang menawarkan output kuasa 480hp dan bateri 91kWh dan mampu mencapai jarak perjalanan 483km sekali cas.
  • Turut menyokong pengecasan pantas hingga 150kW dan dilengkapi port pengecasan NACS untuk akses ke stesen Supercharger Tesla.

Bagaimanapun, terdapat kebimbangan mengenai daya saing Afeela 1 berbanding model lain dalam julat harga sama, seperti Lucid Air yang menawarkan jarak lebih jauh dan keupayaan pengecasan lebih pantas. Namun Honda dan Sony masih ada masa untuk meningkatkan prestasi sebelum pelancaran rasmi kelak.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Afeela 1, Afeela 1 2026, Honda, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4, Sony

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my