SEORANG lelaki warga emas berusia 77 tahun hilang kawalan ketika memandu kereta jenis Perodua Myvi hingga merempuh kedai stesen minyak di Bercham, Ipoh, Perak, semalam.
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi itu berpunca daripada pemandu yang juga pesara guru dikatakan tertekan pedal minyak selepas melanggar bonggol jalan hingga menyebabkan kenderaan tersebut merempuh masuk ke dalam bangunan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, walaupun kereta itu rosak di bahagian depan, tetapi pemandu dan pelanggan lain di premis berkenaan tidak mengalami kecederaan.
Siasatan mendapati tiada pelanggan berada di kawasan tersebut ketika insiden berlaku.
Kes disiasat bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana pemandu gagal mengawal kenderaan ketika memandu.
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply