• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Puspakom Gantung Tugas Enam Pemeriksa Kenderaan Serta-Merta

Puspakom Gantung Tugas Enam Pemeriksa Kenderaan Serta-Merta

January 8, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PUSPAKOM mengesahkan enam pemeriksa kenderaan syarikat itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di sebuah cawangan Puspakom, Isnin lalu.

Penahanan ini dibuat susulan keterangan diberi salah seorang ejen yang disoal-siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, Puspakom memandang serius perkara ini dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang salah laku dalam organisasi tersebut, terutama membabitkan integriti operasi pemeriksaan kenderaan syarikat itu.

Menurut laporan media, semua individu ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM dan akan melaporkan diri ke SPRM 3 Februari nanti.

Bagaimanapun, Puspakom mengesahkan keenam-enam kakitangan berkenaan sudah digantung tugas serta-merta supaya siasatan SPRM dapat dijalankan dengan telus dan lancar.

Syarikat pemeriksa kenderaan itu juga sedang melancarkan siasatan dalaman dan memberi jaminan sesiapa yang terbukti bersekongkol akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, PUSPAKOM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my