• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota GAZOO Racing Vios Challenge Musim ke-7 Julang Tiga Juara Baharu

Toyota GAZOO Racing Vios Challenge Musim ke-7 Julang Tiga Juara Baharu

January 7, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge musim ke-7 menyaksikan tiga juara baharu dijulang selepas selesai aksi perlumbaan mendebarkan yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM300,000 kepada pemenang dan juara keseluruhan.

Perlumbaan akhir di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Sabtu dan Ahad (4-5 Januari 2025) penuh dengan drama apabila peserta kelas Super Sporting, Sporting dan Rookie berlumba habis-habisan merebut kejuaraan masing-masing.

Naquib Azlan daripada pasukan Axle Sports meraih juara keseluruhan Super Sporting yang membawa pulang tunai RM80,000, sekali gus menewaskan juara bertahan Mitchell Cheah dan Freddie Ang yang masing-masing menerima RM60,000 dan RM40,000.

Kelas Sporting, Kenneth Koh (PCM Group Racing Team) memenangi perlumbaan dan gelaran juara keseluruhan dengan membawa pulang RM60,000, manakala Shafiq Samsudin dan Elson Lew masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Kemenangan itu membolehkan Koh berpindah ke kelas Super Sporting pada musim akan datang.

Sementara itu, Adam Mikail, 18, muncul juara kelas Rookie, disusuli Brandon Ho dan Raja Amirul Syauqat.

TGR Vios Challenge terus menjadi siri perlumbaan utama di Malaysia dengan mendapat lebih lima juta penonton yang mengikuti perlumbaan musim ketujuh ini.

Dalam perkembangan lain, UMW Toyota Motor meneruskan pelaburan dalam sukan permotoran tempatan menerusi Program Pembangunan Bakat Muda yang diperkenalkan sejak 2021.

Keputusan Hari Kedua

Super Sporting
  1. Amer Harris - Laser Motor Racing
  2. William Ho - Toyotas Racing
  3. Bradley Benedict - PS Otomobile
Sporting
  1. Kenneth Koh - PCM Group Racing Team
  2. Datuk Ken Foo - Kulim Topwheels
  3. Panithan Rakpaibulsombut - RUK Team Nexzter PMC 52
Rookie
  1. Adam Mikail
  2. Brandon Ho
  3. Raja Amirul Syauqat

Juara Keseluruhan Musim ke-7

  • Super Sporting: Naquib Azlan (Axle Sports)
  • Sporting: Kenneth Koh (PCM Group Racing)
  • Rookie: Adam Mikail

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), TGR Vios Challenge Musim ke-7, Toyota Gazoo Racing Vios Challenge, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev