• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ambulans Terlanggar Bonggol Jalan, Lelaki Disahkan Mati Hidup Semula

Ambulans Terlanggar Bonggol Jalan, Lelaki Disahkan Mati Hidup Semula

January 6, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG lelaki berusia 65 tahun, dikenali sebagai Pandurang Ulpe dari kampung Kasaba-Bawada dekat Kolhapur, Maharashtra, India dilaporkan hidup kembali selepas ambulans yang membawanya terlanggar bonggol jalan.

Insiden berlaku 16 Disember lalu ketika Pandurang dikatakan mengalami serangan jantung dan dibawa ke sebuah hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

#Maharashtra | Pandurang Ulpe, believed to be dead after a heart attack, showed signs of life when his fingers moved as the ambulance hit a speed bump.

"We were stunned. We immediately turned the vehicle around and took him back to hospital where doctors stabilised him. Yes, my… pic.twitter.com/C9ius8w2JD

— The Times Of India (@timesofindia) January 3, 2025

Pihak hospital kemudian menguruskan pengangkutan untuk membawa pulang mayat Pandurang ke kampung. Namun ketika dalam perjalanan, ambulans tersebut terlanggar bonggol hingga membuatkan keluarga Pandurang terperasan beberapa jarinya bergerak.

Mereka kemudian memutuskan membawa Pandurang ke hospital kedua dan pantas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) untuk menjalani prosedur angioplasti untuk membuka saluran darah tersumbat.

Setelah 15 hari rawatan, Pandurang dibenarkan balik dan dia mendakwa hanya sempat ingat rasa pening, sukar bernafas, dan muntah-muntah sebelum kejadian.

Aku balik rumah dari berjalan dan duduk selepas hirup teh. Aku mula rasa pening dan susah nak bernafas. Aku pun pergi bilik air dan muntah. Aku dah tak ingat apa jadi selepas itu, termasuk siapa bawa aku pi hospital," kata Pandurang dipetik agensi berita PTI.

Cucunya, Ramane berkata, doktor di hospital pertama mengesahkan Pandurang terkena serangan jantung dan disahkan meninggal dunia.

Bagaimanapun, ketika dalam ambulans, salah seorang ahli keluarga dapat merasakan denyutan nadi selepas kenderaan tersebut terlanggar bonggol jalan, sekali gus mengubah keadaan tersebut.

SUMBER: News18

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ambulans, Auto Terkini, India, Pandurang Ulpe, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
    MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev