• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Airbus Uji Aplikasi Voom - Perkhidmatan Helikopter 'On Demand' di Sao Paolo (KL-Ipoh Cuma 15 Minit)

Airbus Uji Aplikasi Voom - Perkhidmatan Helikopter 'On Demand' di Sao Paolo (KL-Ipoh Cuma 15 Minit)

June 11, 2017 By Han Othman 1 Comment

169
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LUPAKAN kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar, kerana pengangkutan awam masa hadapan bakal menawarkan perkhidmatan teksi udara! Pengeluar pesawat penumpang, Airbus kini sedang bereksperimen dengan perkhidmatan helikopter atas permintaan atau on demand di Sao Paulo, Brazil dengan menawarkan penerbangan dari bandar ke pedalaman.

Projek terbaru itu, dipanggil Voom, diselia oleh cawangan Airbus di Lembah Silikon, A3, di mana kerja-kerja petugas di sana adalah memikirkan idea-idea baharu dan menjadikan ia kenyataan. Hasilnya ialah Voom, dan projek berkenaan menyasarkan mengubah sistem pengangkutan di Sao Paulo dengan menjadikan laluan udara sebagai alternatif mampu milik dan akses mudah capai.

LEBIH MURAH, MAMPU MILIK?

voom-helikopter-on-demand-1
voom-helikopter-on-demand-2

Menggunakan aplikasi Voom, penumpang dengan mudah dapat menempah penerbangan seawal 7 hari atau selewat-lewatnya 60 minit sebelum berlepas. Paling penting, kos penerbangan ialah 80 peratus lebih murah berbanding perkhidmatan helikopter tradisional, atau sama seperti perkhidmatan jet peribadi. Menurut A3, jika projek itu berjaya, ia akan diluaskan kepada helikopter yang dibina khas oleh Airbus.

Di Sao Paulo, perkhidmatan seumpama itu dapat membawa penumpang dari kawasan pinggir bandar ke lapangan terbang hanya dalam masa 15 minit atau kurang, berbanding tiga jam yang diperlukan pengangkutan atas darat. Kos dikenakan pula serendah AS$77 (RM328).

voom-helikopter-on-demand-3
voom-helikopter-on-demand-4
voom-helikopter-on-demand-5
voom-helikopter-on-demand-6

Kesesakan jalan raya teruk di Sao Paulo membuatkan lokasi itu menjadi sasaran pasaran pertama bagi perkhidmatan seumpama itu. Setakat ini, terdapat lebih 400 landasan helikopter dalam kawasan bandar, dan 700 helikopter di Sao Paulo, yang juga antara bandar paling sibuk di dunia bagi lalu lintas helikopter.

Voom menjangka dapat meluaskan perkhidmatan itu ke bandar-bandar seluruh dunia yang mana sasaran selepas Sao Paolo ialah Mexico City. Mungkinkah suatu masa nanti Voom akan sampai ke Malaysia dengan memulakan operasi di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama seluruh negeri? Sebagai contoh, jarak Kuala Lumpur ke Perak dapat dicapai dalam masa lebih kurang 15 minit sahaja. Menarik bukan?

SUMBER: Robb Report

Related

169
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: aplikasi helikopter atas permintaan, aplikasi teksi udara, autotainment, Brazil, helikopter on demand, Sao Paolo, Voom

Comments

  1. joehaz says

    June 15, 2017 at 4:19 PM

    harap harap servis ni ada kat Malaysia akan datang. dan harga pun biar berpatutan.

    senang sikit nak balik pantai timur, x perlu lalu laluan berombak LPT.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev