• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTMB Tawar Dua Perkhidmatan Tambahan ETS Sempena Tahun Baru Cina

KTMB Tawar Dua Perkhidmatan Tambahan ETS Sempena Tahun Baru Cina

January 3, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan dua tambahan perkhidmatan tren elektrik (ETS) antara KL Sentral dan Padang Besar sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Tambahan perkhidmatan itu bertujuan memenuhi permintaan penumpang tinggi pada musim perayaan dan mengurangkan kesesakan trafik yang kerap berlaku.

Logo KTMB
ets-rawang-bg
KTMB ETS

Tiket tren tambahan itu akan mula dijual hari ini (3 Januari), jam 10 pagi, dan perjalanan akan berlangsung dari 17 Januari hingga 16 Februari 2025, dengan operasi 19 hari berturut-turut.

Setiap hari, 630 kerusi ditawarkan, termasuk kemudahan kelas bisnes, dengan jumlah keseluruhan 11,970 kerusi sepanjang tempoh tersebut.

Tren dari KL Sentral akan berlepas jam 5 petang dan dijangka tiba di Padang Besar jam 10.20 malam.

Tren dari Padang Besar pula akan berlepas jam 11.05 pagi dan tiba di KL Sentral jam 4.30 petang, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada penumpang yang merancang pulang ke kampung halaman sepanjang perayaan.

KTMB menjelaskan penambahan perkhidmatan itu adalah inisiatif untuk menangani kesesakan yang sering berlaku di jalan raya menjelang musim perayaan.

Tiket perjalanan ini boleh dibeli menerusi aplikasi KTM Mobile (KITS), laman web rasmi KTMB di www.ktmb.com.my, atau melalui pusat panggilan KTMB di talian 03-9779 1200. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui media sosial rasmi KTMB.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Elektrik Train Service (ETS), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), KL Sentral, Tahun Baharu Cina 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev