• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Skoda Kamiq Design Edition 2025 dengan Pilihan Enjin 1.0 TSI dan Transmisi Manual, DSG

Skoda Kamiq Design Edition 2025 dengan Pilihan Enjin 1.0 TSI dan Transmisi Manual, DSG

January 3, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

SKODA Kamiq diperkenalkan pada 2019 dan dibangunkan daripada platform MQB AO Volkswagen Group dengan dimensi panjang 4,241mm. Berbanding Proton X50 (4,330mm), saiz Kamiq sedikit pendek.

Walaupun di pasaran sejak 2019, Skoda Kamiq masih lagi tampak segak, ditambah pula model versi dipertingkat (facelift) pada 2024. Sejak awal lagi, Kamiq menggunakan lampu depan terpisah dua, manakala model facelift 2024 tampil dengan lampu tengah baharu.

Bagi model 2025 pula, Skoda memperkenalkan Kamiq Design Edition untuk pelanggan Britain. Skoda sebelum ini menawarkan Design Edition untuk Fabria yang menerima sambutan menggalakkan.

Edisi baharu ini berada antara varian SE Edition dan SE L Edition yang secara keseluruhan menawarkan empat varian buat pelanggan Britain.

Dibina berasaskan Skoda Kamiq SE Edition, edisi baharu ini dilengkapi rim aloi aero Propus 17 inci, cermin privasi dengan bumbung dan cermin sisi hitam. Ruang kabin dilengkapi kerusi sport fabrik dan microsuede, stereng sport tiga jejari dan aksen merah pada papan pemuka.

Lampu ambien, pelapik bumbung hitam dan pedal aluminium melengkapi lagi ruang dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B ini. Berikut spesifikasi Skoda Kamiq Design Edition 2025 versi Britain:

  • Mengenai trenkuasa, pemilik Britain masih boleh berseronok dengan transmisi manual yang dipadankan bersama
  • Dijana enjin 1.0 TSI dalam dua pilihan output kuasa 95ps (92hp) dan tork 175Nm dengan transmisi manual 5-kelajuan; dan 116ps (113hp), dan tork 200Nm, dengan manual 6-kelajuan.
  • Selain manual, varian 116ps juga ditawarkan pilihan transmisi dual-klac (DCT) DSG 7-kelajuan.
  • Pecutan 0-100kmj untuk varian 95ps mengambil masa 11 saat, manakala varian 116ps DSG sepantas 10.2 saat.
  • Kelajuan maksimum setiap varian ialah 182kmj dan 194kmj.
  • Varian paling tangkas ialah 116ps dengan transmisi manual 6-kelajuan yang mengambil masa 9.7 saat dan kelajuan maksimum 194kmj.

Skoda Kamiq Design Edition 2025 dijual pada harga bermula £25,855 (RM143,330) untuk varian 95ps hingga £28,185 (RM156,250) untuk varian 116ps DSG.

logo-skoda
Screenshot
Screenshot
Screenshot
Screenshot
skoda-kamiq-design-edition-2025-1
skoda-kamiq-design-edition-2025-2

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, ŠKODA, ŠKODA Auto, Skoda Kamiq, Škoda Kamiq Design Edition, Skoda UK, SUV, SUV segmen-B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev