• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Civic Type-R #01 Spesifikasi Amerika, Dibida AS$200,000 (RM852,500)!

Honda Civic Type-R #01 Spesifikasi Amerika, Dibida AS$200,000 (RM852,500)!

June 10, 2017 By Han Othman Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini melelong model Civic Type-R spesifikasi AS atau US Spec keluaran pertama untuk mengumpul dana kebajikan dengan bidaan tertinggi setakat ini mencecah AS$200,000 (RM852,500)!

Dengan tinggal beberapa hari saja lagi berbaki, Honda Civic Type -R itu dengan nombor casis SHHFK8G75HU200101 berjaya menarik peminat yang betul-betul serius mahu membida. Buktinya pembida AS$200k, 'happycappyauto' nekad mengatasi pembida terdahulu yang membida sebanyak AS$144,000 (RM613,800).

Laman web rumah lelongan, Bring A Trailer mengesahkan bahawa bidaan itu adalah sah, sekali gus meninggalkan tanda tanya berapa pula harga Civic Type-R keluaran pertama itu terjual menjelang hari akhir nanti. Semua wang bidaan lelongan itu akan disumbangkan kepada Yayasan Tumor Otak Pediatrik (PBTF).

BACA >>> Berita Gembira! Honda Civic Type-R 2017 Bakal Masuk Malaysia Tahun Ini, Harga Sekitar RM250,000?

PERTAMA WARNA BIRU DI AS

2017-Honda-Civic-Type-R-USA-11
2017-Honda-Civic-Type-R-USA-10

Mengenai spesifikasi, model itu ialah Honda Civic Type-R pertama di AS yang berwarna Aegean Blue Metallic (biru) dan dilengkapkan dengan rim aloi 20-inci berserta tayar musim panas, Continental ContiSportContact 6. Enjin puIa berkapasiti 2.0 pengecas turbo berkuasa 306hp dan tork 400Nm dengan transmisi manual 6-kelajuan nisbah-rapat. Sistem suspensi daripada jenis independen penuh dan peredam adaptif.

Honda Civic Type-R juga memegang gelaran kereta pengeluaran pacuan roda-depan terpantas di litar Nurburgring apabila mencatatkan rekod pusingan 7 minit 43.8 saat.

GALERI

2017-Honda-Civic-Type-R-USA-17
2017-Honda-Civic-Type-R-USA-14
2017-Honda-Civic-Type-R-USA-8
2017-Honda-Civic-Type-R-USA-16
2017-Honda-Civic-Type-R-USA-3
2017-Honda-Civic-Type-R-USA-4
2017-Honda-Civic-Type-R-USA-12
2017-Honda-Civic-Type-R-USA-11
2017-Honda-Civic-Type-R-USA-2
2017-Honda-Civic-Type-R-USA-6
2017-Honda-Civic-Type-R-USA-10
2017-Honda-Civic-Type-R-USA-9
2017-Honda-Civic-Type-R-USA-15
2017-Honda-Civic-Type-R-USA-1
2017-Honda-Civic-Type-R-USA-7
2017-Honda-Civic-Type-R-USA-13
2017-Honda-Civic-Type-R-USA-5

SUMBER: Car Scoops

 

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Civic, Honda, Honda Civic, Honda Civic Type R, Honda Civic Type-R Spesifikasi AS, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev