• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Geng Basikal Lajak Kena Denda Ketuk Ketampi

Video Geng Basikal Lajak Kena Denda Ketuk Ketampi

January 2, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SERAMAI 21 remaja berusia antara 14 dan 17 tahun ditahan pada malam Selasa lalu kerana menunggang basikal tanpa brek, loceng, dan lampu yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain,

Semua remaja itu ditahan sekitar jam 11.30 malam dalam operasi bersepadu melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di ibu kota Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, tindakan boleh dikenakan di bawah Kaedah 42, LN 165/59 dan Seksyen 112 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Namun selepas diberi amaran, semua remaja itu secara sukarela menjalani denda ketuk ketampi dan meminta maaf kepada petugas.

Tular sebuah video dikongsi warga maya yang dipercayai memaparkan remaja di bawah umur didenda KETUK KETAMPI oleh polis dalam satu sekatan jalan raya sempena sambutan ambang tahun baharu 2025 di ibu negara malam tadi.

📹 Si Solihin#digitalbernamatv #ambang2025 #tahunbaharu pic.twitter.com/gKc3n6p6FA

— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) January 1, 2025

Operasi berakhir dengan kumpulan remaja itu disuraikan dan diingatkan supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut. Video tindakan advokasi ini tular di media sosial dan mendapat pujian kerana pendekatan budi bicara digunakan pihak berkuasa.

JSPT menasihatkan golongan muda supaya tidak menunggang secara berbahaya untuk mengelakkan kecederaan atau kemalangan. Ibu bapa juga diingatkan lebih peka dan memantau anak-anak supaya tidak terlibat dalam kesalahan jalan raya.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Pengangkutan Jalan 1987, Auto Terkini, Geng Basikal Lajak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev