• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Kedah Lupus Lebih 500 Aksesori Ubah Suai Motosikal

Polis Kedah Lupus Lebih 500 Aksesori Ubah Suai Motosikal

December 31, 2024 By Shawkath Leave a Comment

24
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

POLIS Kedah hari ini menjalankan kerja pelupusan 585 aksesori ubah suai motosikal yang dirampas dalam beberapa siri operasi yang dilakukan seluruh negeri sepanjang tahun ini.

Pelupusan barangan dibuat selepas menerima arahan mahkamah. Komponen dilupuskan membabitkan ekzos motosikal, swingarm, enjin karburator dan tayar yang gagal mematuhi spesifikasi ditetapkan.

Ada dua cara pelupusan dibuat iaitu menggunakan jentera penggelek (steamroller) dan dikerat menggunakan mesin pemotong. Berikut bilangan komponen dilupuskan:

  • Ekzos - 445 unit
  • Swingarm - 128 unit
  • Karburator - 4 unit
  • ECU - 2 unit
  • Lain-lain komponen -  6 unit

Sepanjang tahun ini, Polis Kedah merampas 6,168 komponen ubah suai motosikal dan kebanyakan aksesori dirampas ialah ekzos (3,286 unit) dan swingarm (2,178 unit).

Sebelum ini, Polis Kedah pernah melakukan kerja pelupusan pada September 2024, manakala baki komponen disita akan dilupuskan selepas memperoleh keputusan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan mahkamah.

Related

24
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, lupus aksesori ubah suai motosikal, Polis Diraja Malaysia (PDRM), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev