• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penumpang Batal Lebih 60,000 Tempahan Tiket Penerbangan Domestik, Antarabangsa Jeju Air

Penumpang Batal Lebih 60,000 Tempahan Tiket Penerbangan Domestik, Antarabangsa Jeju Air

December 31, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PEMBATALAN pakej pelancongan dan tiket penerbangan meningkat selepas tragedi nahas pesawat Jeju Air yang mengorbankan 179 nyawa, lapor Social News XYZ.

Jeju Air melaporkan 68,000 tempahan penerbangan dibatalkan setakat jam 1 tengah hari (waktu tempatan), dengan lebih 33,000 pembatalan untuk penerbangan domestik dan 34,000 untuk laluan antarabangsa.

Kebanyakan pembatalan berlaku selepas insiden Penerbangan 7C2216 yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Ahad lalu.

Agensi pelancongan tempatan turut melaporkan peningkatan mendadak pembatalan pakej pelancongan, dengan banyak agensi menghentikan iklan dan kempen promosi.

Seorang ejen pelancongan memberitahu menerima sekitar 40 pertanyaan mengenai pembatalan perjalanan pada Ahad tersebut, dengan jumlah pembatalan meningkat dua kali ganda berbanding biasa dan tempahan merosot 50 peratus.

Industri pelancongan Korea kini memantau dan meneliti situasi ini dengan menjangka kesan berpanjangan terhadap permintaan pelancongan susulan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan penerbangan.

SUMBER: Kosmo

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jeju Air, Penerbangan Antarabangsa, Penerbangan Domestik, tiket penerbangan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my