• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Buat Op Mengejut Puspakom Seluruh Negara, Dua Kakitangan Dipanggil Beri Keterangan

JPJ Buat Op Mengejut Puspakom Seluruh Negara, Dua Kakitangan Dipanggil Beri Keterangan

December 30, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan Operasi Mengejut Puspakom di seluruh Malaysia hari ini bagi memastikan kenderaan diperiksa mematuhi standard keselamatan ditetapkan.

Dalam pemeriksaan di Puspakom Wangsa Maju, JPJ mengesan sebuah kenderaan yang didapati tidak memenuhi piawaian keselamatan, tetapi lulus pemeriksaan.

Puspakom_logo
logo-jpj

Susulan itu, penyelia dan kakitangan Puspakom bertanggungjawab atas kelulusan tersebut diarahkan hadir ke Ibu Pejabat JPJ pada Selasa untuk disoal siasat dan kertas siasatan akan dibuka.

Operasi mengejut itu dilakukan tanpa sebarang pemberitahuan awal kepada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), seperti diarahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam usaha penguatkuasaan berfasa.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, operasi ini adalah fasa kedua dalam siri penguatkuasaan yang dimulakan dengan sekatan jalan raya di lebuh raya terpilih.

Dalam operasi di Puspakom Wangsa Maju, JPJ memeriksa 115 lori dalam tempoh dua jam dengan mengeluarkan 69 notis saman, dan mengambil tindakan terhadap 29 kenderaan. Selain itu, tujuh kenderaan, termasuk lima kereta dan dua lori disita.

Muhammad Kifli berkata, dalam pemeriksaan lori, beberapa kesalahan serius ditemui, antaranya penggunaan tayar celup yang sudah uzur dan tidak selamat.

Beliau turut memaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MOT), Datuk Jana Santhiran Muniayan sudah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman supaya segera mengambil tindakan penambahbaikan terhadap masalah tersebut.

Operasi ini menunjukkan komitmen JPJ dalam memastikan tahap keselamatan kenderaan di negara ini, terutama melibatkan pengangkutan awam dan lori demi kesejahteraan dan keselamatan jalan raya.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan (MOT), Op Mengejut Puspakom, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev