• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PEMBAWA: Tambang Bas Ekspres Ikut Jenis Kerusi Mampu Bantu Pengusaha Bertahan

PEMBAWA: Tambang Bas Ekspres Ikut Jenis Kerusi Mampu Bantu Pengusaha Bertahan

December 30, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KADAR tambang bas berdasarkan pengkelasan kelas Ekonomi dan Eksekutif yang lebih tepat dapat membantu pengusaha bas ekspres bertahan walaupun terdapat kenaikan kos dalam industri pengangkutan.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA), Laili Ismail berkata, kenaikan tambang sebenarnya tidak diperlukan jika pengkelasan tersebut dilaksanakan dengan betul.

Laili menjelaskan, pihaknya memohon Kerajaan menetapkan perbezaan tambang antara kelas Ekonomi dan Eksekutif berdasarkan kapasiti kerusi bas. Pengkelasan semasa yang meletakkan bas dengan lebih 48 kerusi sebagai Ekonomi dan bas kurang 48 kerusi sebagai Eksekutif dilihat tidak tepat serta memberi kesan negatif kepada pengusaha bas.

Beliau mendakwa pengkelasan tidak tepat itu menyebabkan persaingan tidak sihat dalam kalangan pengusaha bas hingga ada terpaksa menanggung kerugian.

bas-ekspres-perdana-kl-kb
agensi-perkhidmatan-awam-darat-apad-logo

PEMBAWA juga mengemuka memorandum kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada pertengahan tahun ini, tetapi masih menunggu tindakan lanjut.

Laili turut menegaskan pengusaha bas mahu keseragaman harga adil untuk kebaikan semua pihak, termasuk penumpang dan pengusaha. Terdapat pengusaha mengenakan tambang kelas ekonomi untuk bas lebih 48 kerusi yang menimbulkan ketidakadilan dalam pasaran.

Bagi perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, Laili mencadangkan kadar tambang ekonomi RM45 dan kelas eksekutif sekitar RM70. Menurutnya kadar tersebut adalah munasabah berdasarkan kos dihadapi pengusaha, termasuk penyelanggaraan, diesel, gaji pemandu, dan tol yang mencecah sekitar RM1,600 untuk satu perjalanan.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Auto Terkini, bas ekspres, Kadar Tambang Bas, Persatuan Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev