• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 10 EV Paling Laris Indonesia Setakat November 2024, BYD M6 Jadi Pilihan Utama

10 EV Paling Laris Indonesia Setakat November 2024, BYD M6 Jadi Pilihan Utama

December 30, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


WALAUPUN jumlah jualan kenderaan di Indonesia menurun 14.7 peratus berbanding 2024, jualan kenderaan bateri elektrik (BEV) menunjukkan trend peningkatan di republik itu.

Jualan BEV di Indonesia mencapai 37,302 unit tahun ini, meningkat 168 peratus berbanding tempoh 11 bulan pertama 2024 (13,916 unit) menandakan pertumbuhan positif.

Indonesia merekodkan kenaikan jualan BEV dari 2022 hingga 2023 sebanyak 76 peratus iaitu dari 7,923 unit kepada 13,916 unit.

Sepanjang 2023, dua model perdana buatan tempatan mendominasi pasaran BEV, iaitu Hyundai IONIQ 5 (foto atas kiri) dan Wuling Air EV (foto atas kanan).

Bagaimanapun, tahun ini menyaksikan dominasi beralih kepada jenama China, iaitu BYD selaku pemain baharu yang tidak menunggu lama untuk menempatkan diri dalam ranking lima teratas.

BYD menguatkan kedudukan menerusi pelancaran BYD M6. Walaupun diimport dari China (model CBU), kenderaan pelbagai guna (MPV) 7-kerusi itu sudah menguasai pasaran dengan jualan 4,824 unit antara Januari dan November 2024.

Tempat kedua menjadi milik Wuling Binguo dengan jualan 4,720 unit, disusuli BYD Seal (4,671 unit). Dua lagi model BYD berjaya menempatkan diri dalam senarai 10 EV paling laris Indonesia ialah BYD Atto 3 dan BYD Dolphin.

Wuling Air EV yang pernah menjadi peneraju pasaran nampaknya jatuh ke tempat kelima dengan jualan 3,760 unit (susut 21 peratus). Nasib sama dialami Hyundai IONIQ 5 dengan penurunan drastik 82 peratus, iaitu daripada 6,552 unit pada 2023 kepada 1,178 unit.

Berikut senarai jualan 10 model EV terlaris di Indonesia setakat November 2024:

  1. BYD M6 - 4,824 unit
  2. Wuling Binguo - 4,720 unit
  3. BYD Seal - 4,671 unit
  4. Chery Omoda E5 - 4,269 unit
  5. Wuling Air EV - 3,760 unit
  6. BYD Atto 3 - 3,214 unit
  7. Wuling Cloud EV - 3,159 unit
  8. MG 4EV - 2,315 unit
  9. BYD Dolphin - 1,217 unit
  10. Hyundai Ioniq 5 - 1,178 unit

SUMBER: Kompas

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: 10 model EV paling laris Indonesia, autoterkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda 4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev