• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Nahas Jeju Air

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Nahas Jeju Air

December 30, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KEDUTAAN Besar Malaysia di Seoul mengesahkan tiada warga Malaysia berada dalam pesawat Jeju Air 7C2216 yang terlibat dalam nahas di Korea Selatan, awal pagi semalam.

Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam kenyataan semalam menyatakan pihak kedutaan akan terus memantau perkembangan insiden tersebut dengan teliti.

KLN menjelaskan kedutaan besar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dalam pesawat yang membawa 181 penumpang dan kru kabin. Malaysia turut merakamkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan keluarga terlibat dalam tragedi tersebut, termasuk rakyat dan KerajaanKorea.

BREAKING: Video shows crash of Jeju Air Flight 2216 in South Korea. 181 people on board pic.twitter.com/9rQUC0Yxt8

— BNO News (@BNONews) December 29, 2024

Insiden tragis tersebut berlaku sekitar jam 9.07 pagi waktu tempatan, apabila pesawat terbabit tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, di barat daya Korea Selatan, sebelum merempuh tembok pagar dan terbakar.

Pihak berkuasa Korea Selatan mengesahkan hanya dua mangsa terselamat, manakala baki 179 penumpang dan kru terkorban dalam insiden berkenaan. Insiden berkenaan mencetuskan kesedihan dan simpati dalam kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Malaysia akan terus memantau insiden tersebut dengan menyatakan solidariti kepada Korea Selatan, sambil mengharapkan mangsa terlibat dapat diberikan sokongan dan pembelaan sewajarnya.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jeju Air, Kedutaan Besar Malaysia (Seoul), Kementerian Luar Negeri (KLN), Korea Selatan, Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Nahas Kapal Terbang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my