• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Batik Air Umum Laluan Baharu ke Beijing, Changsa

Batik Air Umum Laluan Baharu ke Beijing, Changsa

December 26, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


BATIK Air mengumumkan bahawa syarikat penerbangan itu akan melancarkan laluan baru yang menghubungkan Malaysia ke Beijing dan Changsha di China.

Penerbangan ini dijadualkan bermula pada Mac 2025 dengan matlamat untuk memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara serta meningkatkan peluang dalam sektor pelancongan dan perdagangan.

Penerbangan pertama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing dijangka berlepas pada 21 Mac 2025, dan akan beroperasi tiga kali seminggu. Sementara itu, penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha Huanghua pula akan dimulakan pada 22 Mac 2025, dengan empat penerbangan setiap seminggu.

Batik Air juga menyatakan bahawa Baijing dan Changsha akan menjadi destinasi ketujuh dan kelapan di China, menambah kepada laluan-laluan sedia ada syarikat penerbangan ini ke Chengdu, Guangzhou, Haikou, Kunming, Zhangjiajie, dan Zhengzhou.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy menegaskan bahawa laluan baharu ini mempunyai kepentingan strategik, dengan Beijing dan Changsha merupakan destinasi utama yang sejajar dengan visi syarikat untuk menghubungkan masyarakat, budaya, dan peluang di seluruh Asia.

Tambah beliau, laluan ini adalah bukti komitmen Batik Air untuk menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan serta meningkatkan hubungan pelancongan dan perdagangan antara Malaysia dan China.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Batik Air, Laluan Baharu Batik Air

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev