• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Iran Lancar Penerbangan Pertama dengan Kru, Penumpang dan Juruterbang Wanita

Iran Lancar Penerbangan Pertama dengan Kru, Penumpang dan Juruterbang Wanita

December 24, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBUAH pesawat komersial Iran yang hanya membawa 110 penumpang dan kru wanita mencipta sejarah apabila mendarat buat kali pertama di bandar Mashhad, timur laut Iran.

Penerbangan Aseman Airlines itu diterajui juruterbang wanita, Shahrzad Shams (foto bawah kiri), dan digelar sebagai 'Penerbangan Iran Banoo' (wanita Iran), lapor Arab News.

shahrzad-shams-juruterbang-wanita-pertama-iran
pesawat-penerbangan-wanita-pertama-iran

Menurut agensi berita rasmi IRNA, pesawat tersebut mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hasheminejad, Mashhad, iaitu bandar kedua terbesar di Iran. Ini adalah penerbangan pertama yang membawa kaum wanita sahaja, termasuk penumpang dan kru pesawat.

Walaupun agensi tidak mendedahkan destinasi asal penerbangan berkenaan, perjalanan itu bertepatan dengan sambutan ulang tahun kelahiran anak perempuan Nabi Muhammad SAW, Fatimah al-Zahra.

Ini adalah sebahagian perkembangan positif dalam industri penerbangan Iran yang menyaksikan peningkatan jumlah wanita yang dilantik sebagai juruterbang dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Oktober 2019, Iran mencatat sejarah apabila Neshat Jahandari dan pembantu juruterbang Forouz Firouzi menjadi pasangan wanita pertama yang menerbangkan pesawat penumpang di negara itu.

Inisiatif itu bukan hanya mencerminkan pencapaian dalam bidang penerbangan, tetapi juga menandakan kemajuan wanita di Iran, yang semakin memainkan peranan penting dalam sektor yang dahulu didominasi oleh kaum lelaki.

SUMBER: TheNewArab

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aseman Airlines, Auto Terkini, Penerbangan Wanita Pertama, Pesawat Iran, Pesawat Penerbangan Iran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev