• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tayar Lori Tercabut Punca Tujuh Maut Kemalangan Lima Kenderaan di Lebuhraya PLUS

Tayar Lori Tercabut Punca Tujuh Maut Kemalangan Lima Kenderaan di Lebuhraya PLUS

December 24, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

SERAMAI tujuh mangsa terkorban dalam nahas jalan raya di KM204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara dekat Alor Gajah, Melaka malam tadi.

Kemalangan kira-kira jam 8.40 malam itu melibatkan sebuah bas pelancong, lori (jenama Foton), treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dan Perodua Bezza.

SIASATAN AWAL POLIS

  • Pemandu lori dan bas masing-masing lelaki berumur 31 dan 56 tahun dalam perjalanan dari Utara ke Selatan.
  • Tayar depan kanan lori TERCABUT dan berada di tengah jalan.
  • Bas dengan muatan 27 penumpang terlanggar tayar dan hilang kawalan hingga masuk ke laluan bertentangan.
  • Bas terlanggar Bezza sebelum merempuh treler dan Toyota Estima.
  • Estima dinaiki lapan sekeluarga.

MANGSA MAUT

  • Bas: pemandu dan seorang penumpang
  • Estima: pemandu dan empat penumpang

IDENTITI MANGSA

Bas

  • Pemandu: Noorisnien Khamid, 56.
  • Penumpang: Belum dikenal pasti

Estima

  • Khairul Ikhwan Mazupi, 32 (pemandu).
  • Fadzlenna Ramli, 32. (isteri)
  • Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2 (anak bongsu).
  • Ramli Ab Wahab, 66, (bapa Fadzlenna)
  • Isteri kepada Ramli.

Dua lagi penumpang Estima dikenal pasti sebagai Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dan Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan, 4, cedera dan dirawat Hospital Melaka.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat. Semua kenderaan terlibat dalam nahas ditahan dan akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan.

kemalangan-5-kenderaan-7-maut-plus-alor-gajah-6
kemalangan-5-kenderaan-7-maut-plus-alor-gajah-5
kemalangan-5-kenderaan-7-maut-plus-alor-gajah-4
kemalangan-5-kenderaan-7-maut-plus-alor-gajah-3
kemalangan-5-kenderaan-7-maut-plus-alor-gajah-2
kemalangan-5-kenderaan-7-maut-plus-alor-gajah-1

SUMBER: Sinar Harian | Harian Metro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, kemalangan, Kemalangan Alor Gajah, Kemalangan Lima Kenderaan, Lori Foton, Toyota Estima

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev