• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinAuto: Baik Pulih MINI Cooper S MkII Sentuhan Tolman yang Asli, Moden dan Berkuasa!

#BikinAuto: Baik Pulih MINI Cooper S MkII Sentuhan Tolman yang Asli, Moden dan Berkuasa!

December 21, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOLMAN dari Britain diasaskan pada 2007 yang mengkhususkan pada penyediaan, baik pulih, penyelenggaraan dan penambahbaikan kereta jalanan bersejarah dan kereta lumba.

Projek terbaharu dan kereta terkecil daripada Tolman ialah MINI Cooper S Mk II. Pendekatan Tolman dalam mengekalkan keaslian menarik perhatian peminat MINI yang memiliki Cooper S selama lebih sedekad.

Beliau berkunjung ke Tolman untuk Cooper S dinikmati sebagai kereta harian dengan ciri asal dan dalam kondisi baik di sebalik usia kereta 56 tahun.

Kereta kecil, tetapi projek ini mengambil masa 12 bulan dengan segala perkakasan dalaman dan mekanikal ditanggalkan hingga kerangka untuk mendapatkan hasil sempurna.

Mini Cooper S - Tolman.14
Mini Cooper S - Tolman.03
Mini Cooper S - Tolman.11

Suspensi asal diganti absorber Bilstein dan rod pengikat KAD boleh laras. Brek cakera depan dan brek dram di belakang dikekalkan yang dipadan bersama salur brek CNC ATEC.

Tema baik pulih adalah 'period correct'. Berbanding set moden, kereta ini menggunakan tayar 10 inci 145 Dunlop Aquajet gaya 'period style'.

Mini Cooper S - Tolman.10
Mini Cooper S - Tolman.09
Mini Cooper S - Tolman.07
Mini Cooper S - Tolman.06

Kuasa enjin digandakan, kini hampir 90hp dan tork 108Nm @ 3,000-6,000rpm, manakala berat hanya 685kg yang membuatkan Cooper S ini seronok dipandu dengan berprestasi dan lebih praktikal serta mudah dikendalikan pada gear lebih rendah.

Tolman tidak menggunakan diferensial gelincir terhad (LSD) yang menjadikan kereta lebih tajam melayan selekoh, tetapi lari daripada ciri asal.

Begitu juga kotak gear 4-kelajuan yang diselenggara dan dikekalkan untuk keaslian. Ruang enjin dibuat semula dan dipasangkan sistem suntikan bahan api (FI) yang tidak digunakan pada MINI hingga 1991.

Kotak bateri dalam but kini menempatkan sistem bahan api, takung bahan api (collector fuel pot), pam pulangan tekanan tinggi dan pam angkat.

Dengan regulator dijauhkan, hanya ada satu salur bahan api dalam ruang enjin dengan mengekalkan penampilan asal. Pelindung haba dalam ruang enjin berfungsi melindungi sistem suntikan.

Sistem pengurusan enjin elektronik meningkatkan operasi seperti menghidupkan enjin dalam suhu sejuk (cold starts), kawalan lahu dan pengesanan tekanan minyak rendah.

Enjin MINI Cooper S dipadankan ekzos Tolman buatan khas untuk irama lebih mengasyikkan yang ditala supaya tidak terlalu bising.

Dari segi keselesaan, bahan penebat bunyi dalam kabin menjadikan pemanduan lebih aman dan perkakasan asal dikekalkan seperti pelapik bumbung Tartan Red dan skema warna bumbung hitam.

 

Kulit bermutu menggantikan vinil yang membalut kerusi, manakala bumbung suria Webasto dibaik pulih. Lampu LED dan fungsi Bluetooth ditambah untuk kegunaan harian.

Bagi mengharungi cuaca Britain, Cooper S ini dipasangkan lapisan pelindung serpihan batu, lapisan seramik Supagard pada permukaan badan dan Lanoguard pada bahagian bawah.

Mini Cooper S - Tolman.01
Mini Cooper S - Tolman.14
Mini Cooper S - Tolman.13
Mini Cooper S - Tolman.12
Mini Cooper S - Tolman.11
Mini Cooper S - Tolman.10
Mini Cooper S - Tolman.09
Mini Cooper S - Tolman.08
Mini Cooper S - Tolman.07
Mini Cooper S - Tolman.06
Mini Cooper S - Tolman.05
Mini Cooper S - Tolman.04
Mini Cooper S - Tolman.03
Mini Cooper S - Tolman.02

Related

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Bikin Auto, Bikin Kereta, Mini, Mini Cooper, Mini Cooper S, Roda4, Tolman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev