• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ahmad Maslan Kata Tak Teruskan Tapi JKR Masih Cat Jalan Glow in The Dark?

Ahmad Maslan Kata Tak Teruskan Tapi JKR Masih Cat Jalan Glow in The Dark?

December 20, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

TIMBALAN Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan pernah menyatakan bahawa Kementerian Kerja Raya (KKR) mungkin tidak akan meneruskan aplikasi cat bercahaya (glow in the dark) kerana hasil percubaan tidak menepati kehendak pakar.

Selain faktor itu, aspek kos yang mahal juga mendorong kepada rancangan menamatkan penggunaan cat bercahaya itu selepas ujian dibuat di beberapa lokasi di Malaysia.

Bagaimanapun, timbul isu selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) Jelebu menerusi perkongsian di Facebook memaparkan aplikasi cat mahal itu di satu lokasi. Perkongsian itu juga mengundang komen netizen yang mengingatkan agensi itu tentang keputusan Ahmad.

Mungkin ada sebab yang disebalik tindakan JKR Jelebu berbuat demikian tetapi apabila diamati kenyataan Ahmad Maslan, beliau tidak mengesahkan langkah itu secara muktamad setakat ini dan menggunakan istilah MUNGKIN.

Ada juga kemungkinan JKR memiliki lebihan bekalan cat bercahaya itu dan sekiranya tidak digunakan, sudah tentu perbuatan itu satu pembaziran wang pembayar cukai.

Bukankah lebih elok menggunakan cat sedia ada untuk menerangi jalan yang belum ada lampu jalan? Walaupun hayat cat bercahaya dikatakan bukannya terang berbanding cat putih. Apapun...kita tunggu apa kata pakar.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, cat bercahaya, Datuk Seri Ahmad Maslan, glow in the dark, Kementerian Kerja Raya (KKR)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev