• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Filipina Terima 41 Unit BYD Dolphin Sebagai Aset Peronda di Bandar Valenzuela

Polis Filipina Terima 41 Unit BYD Dolphin Sebagai Aset Peronda di Bandar Valenzuela

December 19, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS Bandar Valenzuela di Filipina menerima 41 unit kenderaan elektrik (EV) jenis BYD Dolphin yang akan digunakan sebagai kereta peronda polis.

Penggunaan EV itu direalisasikan dalam perjanjian kontrak kerjasama rasmi antara Kerajaan Bandar Valenzuela dan ACMobility (pengedar BYD) dengan BYD Cars Philippines (BYD Filipina).

Unit EV BYD Dolphin itu akan dibekalkan BYD Greenfield, sekali gus mejadikan Bandar Valenzuela sebagai Unit Kerajaan Tempatan (LGU) pertama memiliki flit EV polis terbesar di Filipina.

EV jenama China itu akan digunakan untuk membantu meningkatkan kawalan dan keselamatan awam secara lebih mampan selain turut membantu peralihan bandar itu ke arah penggunaan teknologi lebih bersih.

ACMobility juga akan memasang 20 stesen cas 7kW dan dua stesen cas 22kW di seluruh bandar berkenaan bagi memastikan peralihan serta operasi lebih lancar untuk flit EV peronda polis Valenzuela.

Pengarah Urusan BYD Cars Philippines, Bob Palanca berkata;

Dengan menghapuskan keperluan bahan api (fosil) dan secara signifikan mengurangkan kos penyelenggaraan, BYD Dolphin menawarkan pentadbir bandar Valenzuela potensi penjimatan hingga 70 peratus kos operasi flit dan penyelenggaraan bajet untuk tempoh lima tahun."

SUMBER: AutoIndustriya

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ACMobility, autoterkini, Bob Palanca, BYD Cars Philippines, BYD Dolphin, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev