• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BYD Bangunkan Sport EV Baharu untuk Cabar Porsche 911?

BYD Bangunkan Sport EV Baharu untuk Cabar Porsche 911?

December 19, 2024 By Shawkath Leave a Comment

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENCABAR baharu kereta sport Porsche 911 sudah ditemui di China dan model itu dikatakan daripada pengeluar kenderaan elektrik (EV), BYD.

Kereta sport EV BYD itu dibangunkan berasaskan model konsep Fang Cheng Bao Super 9 yang pernah ditayangkan April lalu.

Difahamkan, kereta sport 2-pintu China itu bakal dihasilkan besar-besaran yang dijangka menggunakan jenama DENZA dan turut ditawarkan ke pasaran Eropah.

Laporan Car News China turut menyiarkan foto dipercayai model prototaip sport EV tersebut dalam samaran kamoflaj biru di atas sebuah trak tunda di China. CarScoops pula menjangka model itu bakal debut di pameran permotoran Auto Shanghai 2025.

Melihat foto itu, bahagian luaran sport EV dari China itu masih belum siap sepenuhnya kerana tiada lampu depan dan bampar belakang.

Sport EV itu dikatakan mempunyai dua kerusi sport yang disepadu dengan perehat kepala. Media lain di China pula mendedahkan model itu mungkin ada dua lagi kerusi penumpang di belakang. Bagaimanapun, ia agak mustahil jika melihat kepada bumbung landai sport EV berkenaan.

SUMBER: CNC | CarScoops

Related

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Auto Shang, BYD, DENZA, Fang Cheng Bao Super 9, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev