• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nik Nazmi: Kerajaan Guna EV Berperingkat Sebagai Kenderaan Rasmi Tahun Depan

Nik Nazmi: Kerajaan Guna EV Berperingkat Sebagai Kenderaan Rasmi Tahun Depan

December 18, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


MENTERI Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peralihan kenderaan rasmi Kerajaan kepada kenderaan elektrik (EV) akan dilaksanakan berperingkat bermula tahun depan.

Proses peralihan ini sudah dimulakan dan akan dimuktamadkan Kementerian Kewangan (MOF). Pelaksanaan peralihan bergantung kepada keperluan dan keputusan MOF, termasuk sama ada EV nasional atau bukan nasional digunakan.

Nik Nazmi turut melancarkan Garis Panduan Peralihan Kenderaan Kerajaan kepada EV, yang dirangka Kementerian bersama Perbadanan Teknologi Hijau, dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), melibatkan aspek seperti berikut:

  • Penilaian inventori kenderaan semasa
  • Pemilikan EV
  • Perancangan infrastruktur pengecasan
  • Analisis kos
  • Pengurangan pelepasan karbon

Selain itu, aspek keselamatan, pemantauan, dan latihan turut diberi keutamaan. Peralihan ini dijangka mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan kenderaan Kerajaan dalam jangka panjang, selain memperkukuh agenda kelestarian alam sekitar.

Pada majlis sama, Nik Nazmi turut melancarkan stesen pengecas pantas (DC) EV pertama di Kompleks F Putrajaya yang mampu mengecas 0-80 peratus dalam masa kurang 30 minit, berbanding pengecas biasa yang mengambil masa beberapa jam.

Inisiatif ini menyokong visi Putrajaya sebagai Bandar Rendah Karbon menjelang 2025 dan menjadi contoh pelaksanaan Zon Rendah Karbon di premis Kerajaan.

SUMBER: AstroAwani |FB NRES

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Garis Panduan Peralihan Kenderaan Kerajaan, Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Kenderaan Elektrik (EV)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev