• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / DBKL Caj RM1 untuk Warga Asing di Tiga Laluan Tambahan Bas GoKL, Mula 1 Januari 2025

DBKL Caj RM1 untuk Warga Asing di Tiga Laluan Tambahan Bas GoKL, Mula 1 Januari 2025

December 18, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenakan caj RM1 ke atas pengguna bukan warganegara Malaysia bagi tiga laluan tambahan perkhidmatan bas GoKL bermula 1 Januari 2025.

Caj ini dilakukan berperingkat melibatkan empat laluan utama di pusat bandar seperti Laluan 01 (Hijau), Laluan 02 (Ungu), Laluan 03 (Merah), dan Laluan 04 (Biru) pada awal 2024.

Berikut tiga laluan tambahan perkhidmatan bas GoKL terlibat:

  • Laluan 05 (Jingga)
  • Laluan 06 (Merah Jambu)
  • Laluan 08 (Merah Manggis)

Transaksi pembayaran juga kekal secara tanpa tunai dengan menggunakan kad Touch N' Go, kod QR, kad kredit atau kad debit saja.

Bagaimanapun, perkhidmatan ini masih percuma untuk semua kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Bagi warganegara Malaysia yang mahu menikmati perkhidmatan percuma, mereka perlu mendaftar MyKad yang mempunyai sistem Touch N' Go bermula 15 Disember di empat lokasi berikut:

  1. Hentian Akhir Titiwangsa
  2. Stesen LRT Universiti (Timur)
  3. Hentian One Maxim
  4. Jabatan Pengangkutan Bandar, Tingkat 8 Menara DBKL 2

Waktu operasi untuk lokasi 01 hingga 03 bermula seawal jam 7 pagi-12 tengah hari dan 2 petang-7 malam dari Isnin-Jumaat, manakala lokasi 04 pula bermula jam 9 pagi-12 tengah hari dan 2 petang-4 petang sahaja dari Isnin-Jumaat.

SUMBER: Facebook DBKL

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bas GoKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev