• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia K4 2025 untuk AS dengan Gaya Fastback, Pilihan Enjin Petrol 2.0L NA dan 1.6L Turbo

Kia K4 2025 untuk AS dengan Gaya Fastback, Pilihan Enjin Petrol 2.0L NA dan 1.6L Turbo

December 18, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KIA K4 atau sebelum ini dikenali sebagai Forte, Cerato, K3 diperkenal pada Mac 2024 dengan rekabentuk langsung berbeza daripada Forte yang membawa konsep radikal.

Kia kini menyusun semula model dengan K3 dijadikan sedan dan hatchback lebih kecil. Bentuk badan Kia K4 2025 dibuat ala fastback dengan pilar-C tebal dan hendal pintu dinaikkan ke bucu frem pintu belakang. Model ini direka berasaskan falsafah Opposites United yang tampil menonjol.

Dari segi saiz, Kia K4 2025 memiliki dimensi panjang 4,711mm dan lebar 1,852mm yang menjadikan ia lebih besar berbanding Forte generasi ketiga.

Lampu besar dan belakang menjalar ke bawah diilhamkan daripada Kia EV9 yang menjadi gaya terkini Kia. Seperti biasa, Kia tidak meninggalkan varian sporty iaitu K4 GT-Line yang kini tampil lebih sporty.

Bagi pasaran Amerika Syarikat (AS), Kia K4 2025 dibahagikan kepada lima varian, iaitu LX, LXS, EX, GT-Line dan GT-Line Turbo.

Ada dua trenkuasa petrol ditawarkan dan tanpa pilihan elektrik, iaitu:

  • Petrol 4-silinder aspirasi natural (NA) 2.0L dengan output kuasa 147hp dan tork 179Nm yang dipadankan transmisi automatik IVT.
  • Petrol 4-silinder 1.6L turbo dengan output kuasa 190hp dan tork 264Nm yang dipadan transmisi automatik 8-kelajuan. Kedua-dua enjin dalam pacuan roda depan (FWD).

Dari segi pengendalian, varian GT-Line dan GT-Line Turbo menggunakan suspensi belakang Multi-link dengan tetapan khas untuk pemanduan sporty.

Aspek keselamatan semua varian dilengkapi lapan beg udara termasuk sisi belakang dan 11 ciri Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) seperti Bantuan Pengehad Halaju Pintar (ISLA), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Kawalan Jelajah Pintar dengan Henti dan Gerak (SCC with S&G).

Kia K4 2025 turut dilengkapi ciri Elak Pelanggaran Depan 1.5 (FCA 1.5), Elak Pelanggaran Depan 2 (FCA-2) (GT-Line Turbo), Bantuan Pandu Lebuh Raya 2 (HDA-2), Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta (FCA-BCA) (GT-Line), Monitor Pandangan Titik Buta (BVM) (GT-Line) dan banyak lagi.

Varian GT-Line dan ke atas juga dilengkapi kerusi depan dengan fungsi pemanas, manakala stereng tiga bilah khusus untuk GT-Line. Jualan untuk pelanggan di AS sudah pun bermula dengan harga dan butiran terperinci akan diumumkan kemudian.

2025 K4
KIA K4 2025 Amerika Syarikat.02
2025 K4
2025 K4
2025 K4
2025 K4
2025 K4
2025 K4
2025 K4
2025 K4
2025 K4
KIA K4 2025 Amerika Syarikat.12
2025 K4
2025 K4
2025 K4
2025 K4
2025 K4
2025 K4
2025 K4
2025 K4
2025 K4
2025 K4
2025 K4
2025 K4
2025 K4
KIA K4 2025 Amerika Syarikat.26
2025 K4
2025 K4
2025 K4

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: fastback, Kia America, Kia Forte, KIA K4, Kia K4 2025, Kia USA, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev