PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meramalkan lonjakan trafik 14 peratus sepanjang cuti perayaan Krismas dan Sambutan Tahun Baru, dengan lebih 2.12 juta kenderaan dijangka berada di lebuh raya setiap hari berbanding 1.85 juta pada hari biasa, bermula 20 Disember 2024 hingga 2 Januari 2025.
PLUS mengingatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan Jadual Perjalanan Digital MyPLUS-TTA yang boleh diakses melalui aplikasi MyPLUS.
PLUS dalam kenyataan;
Jadual perjalanan digital ini direka untuk membantu orang ramai merancang perjalanan dengan lebih baik, selain mengagihkan trafik agar perjalanan lebih lancar dan selesa."
Dengan langkah ini, PLUS berharap dapat mengelakkan kesesakan teruk di satu-satu lokasi lebuh raya dan mengurangkan kemungkinan terperangkap dalam kesesakan.
Malah, aplikasi sepeti Waze atau Google Maps juga boleh digunakan untuk merancang perjalanan dan mendapatkan status trafik terkini asupayaar perjalanan lebih efisien dan bebas masalah.
Bukan itu saja, pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Pembantu Maya-PUTRI, aplikasi X @plustrafik, papan tanda elektronik (VMS), dan saluran radio utama negara.
Sebarang pertanyaan atau bantuan kecemasan, PLUS turut menyediakan PLUSLine di talian 1800-88-0000.
SUMBER: AstroAwani
Leave a Reply