• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Peserta 'Sandakan Drag Battle R3 2024' Maut Terbabas ketika Berlumba

Peserta 'Sandakan Drag Battle R3 2024' Maut Terbabas ketika Berlumba

December 16, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SATU insiden tragis berlaku di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, Sabtu lalu, melibatkan seorang peserta dari pasukan Team Prostreet KB acara Sandakan Drag Battle R3 2024 yang maut akibat kemalangan ketika perlumbaan berlangsung.

Dalam insiden sekitar jam 4.44 petang itu, mangsa warga Brunei, Abang Adib Abang Ali, 36, dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk rawatan lanjut, tetapi disahkan meninggal dunia jam 5.25 petang akibat parah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintenden K Ramasamy berkata, siasatan awal mendapati kenderaan jenis Honda dipandu mangsa hilang kawalan ketika melepasi garisan penamat. Kereta mangsa terbabas ke kiri litar dan mangsa tersepit di dalam kabin.

Pasukan bomba pantas bertindak mengeluarkan mangsa, tetapi kecederaan dialami terlalu parah. Kes ini diklasifikasikan kematian mengejut dan mangsa dibawa ke unit forensik hospital untuk dibedah siasat.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Hospital Duchess of Kent (HDOK), Litar Sandakan Turf Club Batu 5, Sandakan Drag Battle R3 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my