SELAIN jentera adventure touring 703F, Zontes turut membangunkan sebuah model sportbike 703RR kategori pertengahan yang dipacu menggunakan konfigurasi enjin 3-silinder sebaris dan sudah mula dijual di China.
Bezanya, trenkuasa untuk sportbike 703RR itu mendapat talaan berbeza berbanding 703F yang menyaksikan kenaikan jumlah kuasa kuda enjin tetapi mengorbankan sedikit output tork.
Zontes Malaysia belum mengumumkan apa-apa keputusan untuk menawarkan sportbike 703RR ke pasaran tempatan tetapi ada kemungkinan besar jentera tersebut bakal tersenarai dibawa masuk ke sini. Berikut ialah perinciannya:
- Ada dua warna piliha iaitu biru perak dan merah putih.
- Satu varian ditawarkan tetapi pelanggan di China boleh memilih opsyen brek kaliper Brembo untuk menggantikan kaliper standard J.Juan.
- Frem digunakan diperbuat menggunakan material aluminium, begitu juga swingarm 703RR.
- Enjin 4-lejang 3-silinder sebaris 699cc DOHC dengan sistem suntikan bahan api dan sejukan cecair, menawarkan kuasa 102hp @ 11,200rpm dan tork 74.5Nm @ 8,500rpm.
- Kotak gear transmisi manual 6-kelajuan dengan Quickshifter sehala (atas).
- Sistem pencahayaan LED penuh, membabitkan lampu utama jenis projektor, lampu siang (DRL), lampu brek dan signal belok.
- Fairing penuh dengan dua corong pengudaraan di sisi fairing depan dan belakang untuk meningkatkan ciri aerodinamik motosikal.
- Pelana jenis terpisah untuk pembonceng dan penunggang.
- Fork depan jenis terbalik dengan sistem monoshock di belakang yang boleh dilaras sepenuhnya mengikut keperluan penunggang.
- Rim aloi 17 inci dengan balutan tayar Michelin bersaiz 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang).
- Brek cakera berkembar untuk roda depan, cakera tunggal di belakang bersama kaliper J.Juan sebagai ciri standard.
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan ciri Kawalan Cengkaman (TCS) disediakan untuk kestabilan dan keselamatan tunggangan.
- Dimensi panjang 2,065mm, lebar 745mm, tinggi 1,145mm. Jarak roda 1,450mm dan jarak bumi 145mm.
- Berat kasar motosikal 196kg dan tangki minyak 16 liter. Ketinggian pelana cuma 795mm.
Leave a Reply