• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hongqi EHS7 2025 - SUV EV Jenama 'Otai' China untuk Sweden

Hongqi EHS7 2025 - SUV EV Jenama 'Otai' China untuk Sweden

December 13, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PENANGAN kereta jenama China memang hebat sekarang ini namun sejarahnya bermula lama dahulu.

Satu jenama ulung ialah Hongqi yang kini berada di bawah FAW Group. Hongqi ditubuhkan pada 1958 yang meletakkan ia sebagai jenama kereta penumpang China pertama.

Sebelum boleh dimiliki orang awam, kenderaan Hongqi hanya dibuat untuk pegawai tinggi pemerintah. Hongqi juga dijadikan kenderaan Pemimpin Tertinggi China seperti CA72 (1959), L5 (2014) dan beberapa lagi.

Selari perkembangan semasa, Hongqi turut mempunyai kenderaan (EV) dan dieksport ke luar negara. Di Sweden misalnya Hongqi menawarkan EH7, E-HS9 dan terbaharu kenderaan utiliti sukan (SUV), Hongqi EHS7 2025.

SUV saiz sederhana ini bukan calang-calang, Hongqi EHS7 AWD misalnya memiliki 619hp, manakala EHS7 AWD Pro pula mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.9 saat dan menjadi antara SUV terpantas dalam segmennya.

Dari segi jarak, Hongqi EHS7 Long Range boleh dipandu sehingga 600km dengan pengecasan pantas 10-80 peratus boleh dibuat dalam 20 minit.

Berbekalkan dimensi panjang 4,925mm dan lebar 1,950mm, Hongqi EHS7 2025 adalah antara model paling luas dalam kelasnya.

Jarak roda 3,000mm memberikan ruang selesa kepada pemandu dan penumpang berserta ciri dalaman seperti kerusi depan dengan fungsi pengudaraan dan urutan, termasuk bumbung suria panoramik.

Hongqi EHS7 4WD Pro pula lebih lengkap dengan suspensi udara dan ciri belokan roda belakang. Ciri yang melimpah begini tipikal untuk kereta dari China.

Dari segi keselamatan, Hongqi EHS7 2025 dilengkapi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Amaran Perlanggaran dan Bantuan Parkir Elektronik (APA).

Penghantaran pertama untuk pelanggan di Sweden dijadualkan pada Mac 2025.

Varian dan harga Hongqi EHS7 2025

EHS7
AWD
Long Range
AWD Pro
  • EHS7: 344hp, jarak pandu hingga 475km. Harga bermula 679,900kr (RM274,700).
  • EHS7 AWD: 619hp, AWD pintar, jarak pandu hingga 460km. Harga bermula 709,900kr (RM287,010).
  • EHS7 LR: 344hp, jarak pandu hingga 600km. Harga bermula 749,900kr, harga pengenalan 699,900kr (RM282,970).
  • EHS7 AWD Pro: 619hp, suspensi udara, belokan roda belakang, 0-100kmj sepantas 3.9 saat, jarak pandu hingga 540km. Harga bermula 899,900kr (RM363,830).

* kr = Swedish Krona

hongqi-ehs7-sweden-6
hongqi-ehs7-sweden-5
hongqi-ehs7-sweden-4
hongqi-ehs7-sweden-3
hongqi-ehs7-sweden-2
hongqi-ehs7-sweden-1
Hongqi EHS7 2025.01
Hongqi EHS7 2025.02
EHS7
EHS7
AWD
AWD
Long Range
Long Range
AWD Pro
AWD Pro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4, Trak dan Lori Tagged With: Hongqi, Hongqi EHS7, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, Roda4, SUV Elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev